Pages

Friday, June 25, 2010

Bila kita diuji, kita orang terpilih

Alhamdulillah...masih diberi nyawa sehingga hari ini.
Erm.., pe ye nak taip kat blog ni? Tak sabar nak habiskan duty time hari ni. Nak balik umah, nak rehatkan diri dan nak tido..Yahuuu...sangat seronok dapat tido. Sekarang baru saya faham kenapa orang yang dah bekerja paling suka hujung minggu dan suka tido. Heheheh..

Buat masa sekarang ni till da day of the event, memang banyak sikitlah kejenye. Nak buat preparation bagai. memang meletihkan kadang-kadang tu. Tapi bila teringat kata-kata along "biar tensen/susah keje ~ still muleh solve kalau jumpe jalan buntu". Jangan tensen kepala otak nak memikirkan hal-hal sekeliling. Sape terasa? Anda,anda? Kamu, kamu? atau engkau, engkau sekalian? Hah...kadang-kadang ni, manusia yang dah mengecapi kesenangan, kejayaan dan kebahagiaan, dia lupa sekejap tentang rumput dibumi ni. Kenapa eh ada manusia yang macam ni? Alah, dah nama pun manusia. Tak mustahillah dalam jutaan manusia nih takde manusia yang berspesies begini kan kan kan? Takpela, cume percaya yang kitaran hidup ni sentiasa berputar pada paksi yang sama. Kadang-kadang engkau rasa engkau hebat hari ni. Esok belum pasti. Nak naknye Allah turunkan musibah kat ko. Musibah dahsyat lak tu. Pe ko nak kata? Jadi, berwaspada dan awaslah dalam tindak tanduk ko tu.

Saya tak boleh nak tengok kamu suffer macam ni. Kamu nak buat anjakan paradigma pada kehidupan kamu. Tapi aleh-aleh ni yang kamu dapat. Takpelah, mungkin benar ini ujian Allah. Sebab Allah sayang kamu. Ingatlah wahai kamu, setiap kali kamu meluahkan ape yang terbuku tu, saya mesti tidak memberi komen apa-apa. Sebabnya kamu sendiri tahu tentang sikap saya kan? Tidak berapa nak menunjukkan emosi dengan pekataan. Tidak pernah untuk membidas. Bukan bermakna saya tidak peka sama kamu ye. Yang saya boleh buat hanyalah saya berdoa dan mohon agar si dia yang diatas tu sedar diri dan mula berfikir tentang persekitaran dia. Tentang manusia-manusia disekeliling dia.

Hari ni untuk kesekian kalinya dia pergi nuunnnn jauh disana. Hopefully dia selamat disana. Erm.., dulu dan kini setiap kali dia nak ke nuunnn jauh disana mesti rasa cam sayu je hati ni. Sayu sbb ape yer? Sebab dah nak sayu nak wat cane...kena hadapi je la. Yela, xde voice, xde data. Syukur Alhamdulillah, sehingga hari ni saya masih kuat dan tidak goyah dengan cobaan-cobaan yang mendatang ini. Semoga kekuatan ini terus kekal dalam diri saya dan diri dia juge ye, mudah-mudahan.

Kadang-kadang saya rasa sangat geram, sedih dan tak adil bila mana saya sering diuji dengan pelbagai perkara. Mungkin diuji dari segi emosi barangkali. Sampai satu tahap saya rasa saya tak patut diuji hanya kerana sesuatu itu. Sampai kadang-kadang akan terlintas pemikiran jahat seperti ini.."kenapa asyik aku je". Huh! Tapi apakan daya mungkin ini memang rencana hidup saya yang sudah tersurat sejak saya kecil dan tidak kenal apa itu dunia. Dan saya juga banyak mempositifkan ion-ion negatif dalam diri saya bahawa semua ini adalah ujian dan dugaan Allah bagi hamba-hamba yang Dia pilih. Adakah saya terpilih?? Saya sendiri kurang pasti. Tapi saya percaya bila kita diuji, kita org terpilih, tanda Allah sayangkan kita. tanda Allah nak kita sentiasa dekat pada-Nya.

Moga-moga dengan ujian-Mu ini memberi sinar kebahagiaan di kemudian hari ya Allah, Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...