Pages

Tuesday, June 15, 2010

Diam vs Sombong

Pendiam? Sombong?

Antara 2 perkataan ni yang mana paling sesuai untuk menggambarkan tentang diri saya? Huh! Saya sendiri runsing dan tak berapa pasti. Tapi yang saya tahu, selama nyawa dikandung badan ni saya seorang yang tak banyak nak bercakap. Maksudnya saya akan bercakap namun untuk terlalu berlebih-lebih dalam percakapan itu tidakla rasenye. Saya lebih selesa dengan sikap pandang, tenung, perhati, mendengar dan bercakap apabila perlu. Rumit dan susah bukan kadangkala mempunyai sikap yang sebegini. Bagi saya itu perkara biasa jika seseorang itu banyak diam tapi mungkin luar biasa pada pandangan orang sekeliling. Orang akan mula berkata-kata sendiri atau dalam hati tentang kita yang kurang bercakap.

Kadang-kadang sikap begini jugak buatkan segelintir orang rasa seolah-olah ada gap antara saya dan mereka begitu juga mereka dan saya. Saya setuju dengan pendapat abang saya yang mengatakan bahawa saya seorang yang independent. Sejak kecil dah dididik untuk melakukan semua kerja sendiri dan tidak manja. Susah saya untuk terus akrab dan rapat dengan seseorang itu (walaupun org terdekat sudah rapat dengan seseorang itu). It takes quite some times to immune dengan situasi macam tu.

Semasa disekolah ada beberapa orang kawan saya pernah melabelkan saya sebagai budak sombong. Huh! Saya tak suke di kate begitu. Tapi orang tengok, tu sebab dia cakap macam tu. Kata mereka muke saya muka sombong…huhuhuhu.

Pada mereka yang rasa ingin mengenali rapat ngan saya tetapi rasa segan dan silu, jgn malu-malu…saya memang macam ni. Dan saya tetap bagi ruang pada kamu-kamu untuk rapat dengan saya. Insyaallah satu hari nanti kite mesti boleh rapat. Atau mungkin saya terlalu berhati-hati sehingga leh jadi macam ni????

Rasanya sampai disini sahaja isi-isi penting yang ingin dikongsikan bersama selebihnya biar saya simpan dalam hati.. 

Umpama ada mesej tersirat entri kali ini.
Walaupun saya tahu akak itu tidak membaca & barangkali tidak tahu tentang kewujudan KK namun saya tetap berasa lega sedikit dapat curahkan segalanya dalam ni.

Kadang-kadang tanggapan pertama itu ade benar dan salahnya…berikan masa untuk mengenalinya….

P.E.A.C.E

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...