AsSalaam..
Hari ni saya rasa macam tak larat sangat nak handle kerja kat opis nih. Tak larat bukan sebab ape. Saya tak tahu hujung pangkal perkara itu. Orang sana cakap itu. Orang yang sebelah sana tu plak cakap ini. Minta itu minta ini. Saya hanyalah pekerja bawahan yang mencari rezeki demi sesuap megi tomyam (bak kata Pokde- bkn nama sebenar). Saya betul-betul mati akal, temu jalan buntu. Call seseorang tu, nada suara agk keras dan ala-ala berlagak gitu (pandai-pandai je saya serkap jarang), tapi saya tak berani mahu telefon dia lg. Lalu saya pun telefon seseorang ni pulak. Beshnye layanan dia terhadap pelanggan seperti saya (Eh, tetibe plak). Walaupun masih tidak ketemu solution untuk masalah kerja saya, saya tetap tenang bila bercakap dengan dia ni (dlm ati masih bimbang).
Saya rasa cam stress dan susah hati sangat memikirkan hal yang 1 ini. Itu belum diambil kira tentang hal yang bakal dijalankan bulan hadapan ni. Akhirnya, saya tarik nafas dalam-dalam, duduk dalam keadaan badan saya menegak (tidak bongkor @ menyando seperti ulo sawa kekenyangan), try to tenangkan fikiran.
Taraa..ada Kit Kat. Org kata bile stress, mkn coklat bagus. Tp syg sy puasa pada waktu sekarang nih. Siaplah wahai Mr. Kit Kat akan saya jamah awak maghrib nanti. Baik awak siapkan wasiat awak...hahahahha..(saya da feningggggg)..Saya macam nak jerit je skrg ni...rasa nak terus capai beg balik umah...arghhh!!
Dan bile mule berhadapan dengan keadaan yang akn menyebabkan konflik minda ini mesti fikiran saya terbayang begini
"alangkah bagusnya kalau saya hanya duduk dirumah tanpa memikirkan semua ini, huhuhu"
Namunn..... TING ..."C.H.A.L.L.E.N.G.E.E.E.E.."
Teringat word ni terus rasa cam motivated balik. Wake up, wake up. Mesti ada penyelesaian. Jgn dikhuatirkan sangat...hahahaha...ckp pandai la...
Akhirnya saya buat keputusan, biarlah saya tunggu sahaja jawapan dari mereka yang arif lagi bijaksana ni sebelum saya pandai-pandai membuat keputusan dengan hanya menggunakan logik akal. Sekurang-kurangnya tidak akan ada isu berbangkit selepas ini (harap-haraplah).
Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau permudahkanlah dan lancarkanlah segala urusan hamba-Mu ini Ya Allah..
**sob sob**
No comments:
Post a Comment