Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya cuba menghapdet blog sepantas yang boleh. Semalam (17 Oct 2011), anak-anak saudara saya iaitu Aqil dan Arshad akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Berdebaran pulak rasanya. Harapan saya agar Aqil dan Arshad dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan sebaiknya. Besar harapan keluarga pada Aqil dan Arshad terutama sekali harapan Baba dan Ummi. Saya harap mereka berdua tidak menghampakan ibu bapa mereka...Insyaallah...
Petang semalam Aqil call beritahu yang dia boleh jawab soalan BM dan Agama tu. Cuma Arshad je ada yang tak faham sangat tentang soalan BM. Fuh! Risau pula rasanya. Cuba mengajar mereka melalui telefon adalah agak sukar ye. Sebab mereka "tak nampak" dan tak dapat "nak tangkap" apa yang saya cuba sampaikan. Hari ni exam Matematik dan Sains...Harap-harap mereka boleh buat. Itu je harapan saya.
Erm...bila umur dah makin meningkat ni (eceh), baru saya tahu dan faham tentang harapan keluarga terhadap anak-anaknya agar cemerlang dalam peperiksaan. Baru saya tahu akan sedihnya bila apa yang kita harapkan tu tidak kesampaian. Kecewa bukan?
Apa-apa pun saya harap Aqil dan Arshad buat sehabis baik ye. Jangan hampakan Baba dan Ummi tau.
Ucu.
No comments:
Post a Comment