Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dulu saya cuba-cuba belajar untuk bercinta. Mula-mula memang rasa semangat kemain, seronok dan asyik jer. HAH! Setiap minggu mesti nak luangkan masa bercinta-cinta ni. Tapi lama-lama cinta tu musnah dan terkubur begitu sahaja. Mungkin sikap saya ketika itu yang tidak komited tentang cinta dan akhirnya saya curang. Saya akui, saya curang ketika tu. T___T.
Sekarang ~
Cinta tu datang lagi. Biarpun pada mulanya saya berdalih dan cuba elok dari terus jatuh cinta lagi, akhirnya saya tewas. Saya terjebak dengan cinta. Hari pertama dengan cinta, saya rasa letih. Rasa macam nak undur diri je. Namun, saya sematkan dalam hati yang saya tak bolehlah cepat mengalah. Setelah beberapa minggu bercinta ni saya rasa suka pulak. Dah mula rasa sayang dengan percintaan kali ni. Mana tak sayangnye, cinta ni ialah cinta berbayar. Duit kau!! HAHA..
Setelah beberapa minggu berdampingan dengan percintaan kedua ni, semalam saya menduduki grading test taekwondo. Alhamdulillah lulus walaupun tidak secemerlang mana. HAHA. Lepas ni saya harus berguru dengan dua orang budak kecik kat rumah saya tu untuk belajar taegeuk. Almaklumlah mereka berdua tu kan senior saya. Heks~
p/s: Time sekolah rendah masuk gak taekwondo tapi separuh jalan je..
3 comments:
wahhh..ko pandai ke men taekwando ni??haha..tngok ko cam nyah jee..
Siot ko...ko tau tak nyah tu hape? geram tol aku ngan ko nih....huhuhuhu
nyah tu pondan la kan??berbanggalah aku pnggil ko nyah..menandakan keayuan ada pade diri ko..haha
Post a Comment