Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Rata-rata dah tahu yang Malaysia menjuarai bola sepak ketika menentang Indonesia tempoh hari. Macam-macam status, komen, luahan dan pendapat yang kita semua dapat lihat terutama sekali di FB. Ucapan syabas dan tahniah sudah tentulah menimbun-nimbum. Tidak kurang juga ada komen rasa tidak puas hati dengan mutu permainan Fakri pada malam tu. Jujurnya ketika menyaksikan perlawanan, saya sendiri terdetik "sayangnya, banyak peluang yang disia-siakan Fakri". Hanya setakat tu.
Namun, semakin galak pulak pengomen-pengomen yang menghentam habis-habisan si Fakri ni. Ada yang kata "Fakri main macam kena rasuahlah"....ada yang kata "lembiklah"....ada yang kata "bila tak dapat main, nak main, bila dapat main, main-main"...dan macam-macam lagi. Lagi worse ada yang mempersendakan namanya. Come on lah...janganlah kita pun nak jadi macam penyokong Indonesia!
Ingatlah, kalau bukan sebab Fakri yang jaringkan goal time semi-final hari tu agak-agak dapat tak Malaysia berada di liga akhir perlawanan? Cuba yang bising-bising tu berada kat situasi dia macam tu agak-agak berapa goal boleh sumbat? HAHAHA...
p/s: Macam pro Fakri dah...kahkahkah.....Baddrol & Apek memang terbaik..
2 comments:
fakri sial giler men bola..ak benci nengok dia men..hehe
wah peminat bola sepak ye erni...akk ponn...hehe.btw nice blog.
Post a Comment