Pages

Tuesday, November 22, 2011

Malam Tadi Tidur Dengan Senyuman (kui3)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Semalam dan hari ni ada Internal Audit kat ofis. Semalam lagi saya dah kena audit. Dekat sejam ok kena audit. Masa audit adalah terkantoi sikit satu dokumen tak ber"sign". Muka cool time tu. Tapi sepanjang perjalanan pulang kerumah dan masa sebelum tido duk fikir pasal kecuaian sendiri. Saya memang jenis macam susah nak maafkan diri sendiri bila dah buat salah. HAHAHA. Rasa macam "ish, apasal benda semudah itu pun boleh salah?" Pasal ape, Ape pasal? Fuh!!

Sampai umah, lupakan hal tu kejap. Dalam hati dah membuak-buak semangat nak nengok final game bolasepak antara Malaysia dan Indonesia. Saya tak tengok dari mula kerana ada urusan negara. Anak-anak buah kejap-kejap update, "Ucu, Indon dah goal"....Arghh....kecewa masa tu. Tetibe kawasan kejiranan bergema dengan sorakan "GOALLLLLLLLLLL...." Hati yang kecewa terubat balik...HAHA...

Saya pasan sebenarnya semangat cintakan negara dalam diri setiap masyarakat Malaysia ni ada. Kalau tidak, masakan ramai yang sanggup melekat depan TV nak saksikan perlawanan, masakan ramai yang sanggup bersesak-sesak kat Dataran Merdeka bermalam berembun semata-mata untuk saksikan Malaysia beraksi, masakan kat Sri Pentas boleh dikunjungi ramai peminat sukan tempatan? Terbukti bukan? Cuma kadang-kadang "ego" tu yang menguasai untuk menidakkan akan kecintaan pada negara. (#Da ghupe blog politik...fuh)

Saya yakin ramai blogger yang update pasal match malam tadi. Ramai juga yang FB pasal ni. Cuma apa yang saya nak kata, perlawanan malam tadi sungguh mendebarkan, menyesakkan dada, menakutkan dan macam-macam perasaanlah. Arshad, anak buah saya jadi mangsa malam tadi apabila setiap kali pemain Malaysia tak dapat jaringkan goal, saya akan peluk dia sambil goncang-goncang badan dia. Aleh-aleh dia sound..."Nape Ucu kejap-kejap goyang-goyangkan badan Arshad?"......saya jawab...."sebab Ucu geram...." HEHEHE...

p/s: Saya sampai dah boleh hafal nama pemain-pemain Harimau Muda ni...Auuummmm~ Hikhik

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...