Selamat pagi rakan-rakan alam mayaku sekalian. Mulakan hari dengan senyuman kolget (read:colgate) yer. :)
Pagi tadi terbaca status FB kawan. Tetiba cam berminat lak nak tempek status dia kat blog picisan ni. Yang sebenarnya saya memang dah pasang niat nak buat entri pasal ni tapi belum berkesempatan.
Apakah perasaan anda apabila SESEORANG BLOCK ANDA?
Mana satu pilihan anda?
- Gerammm...grrrr!!
- Tertanya-tanya...Why? Why?
- Confuse...o_0??
- Ada aku kesah ke mak jemah oii...
- Bangga...Huh! Bangganya saya..
Saya sendiri tak faham kenapa perlu hide/block bagai. Kalau betul tak nak kawan dengan seseorang dan kalau betul tak nak share info/photos dan sebagainya kenapa perlu add as friend at the first place kan? Siriyes tak faham. Tapi bila berbalik kepada "kebebasan/hak mereka" dalam menentukan siapa kawan mereka terus saya pasrah. Bagi saya tak perlu nak melatah sangat hal-hal macam ni. Biarkan mereka nak buat apa.
Di "delete/remove" dari friend list?? Ye, saya pernah alami situasi ni. Memang saya terkejut, tertanya-tanya, confuse apa bagai. Pendek kata semua pernyataan diatas pernah terlintas difikiran saya apabila situasi ni terjadi. Apakan daya siapa saya nak meminta-minta untuk di "add" balik. Apa yang saya buat, saya biarkan dan abaikan je. Saya tak nak serabutkan kepala saya dengan hal-hal dunia begini. Pada mulanya memanglah sentap gak bila benda macam ni jadi tapi takpe cuba bersikap tenang. Cuma fikir "bukan aku yang cuba memutuskan silaturrahim dan menjarakkan hubungan".
Pernah terlintas bahawa Facebook ni ada gak kebaikan dan keburukannya. Kadang-kadang boleh menyebabkan fitnah dan pertelingkahan. Maka, gunalah Facebook dengan bijak.
p/s: When you have a problem face it don’t facebook it.
2 comments:
betol
org skng byk facebook it
my answer: 1
mencemarkan facebookku berada di blocklist kamu..haha
Post a Comment