Pages

Monday, January 24, 2011

Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita pergi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Minggu lepas, 21st January 2011 saya dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya salah seorang kakitangan di pejabat saya.Kemalangan dilebuhraya ketika pulang dari bertugas.Koma. Masuk ICU. 
Semalam, 23rd January 2011 sekitar jam 6:00 petang mendapat berita pemergian beliau ke rahmatullah. Setelah 3 hari koma dan semalam merupakan penghujung nyawa bagi pemilik nama Mohd Zainuddin Elias.
Perasaan seperti percaya tak percaya je. Walaupun saya tidaklah rapat dengan arwah tetapi saya tetap rasa seperti kehilangan. Mungkin sebab saya kenal dia dan pernah bercakap dengan dia. Malah boleh dikatakan majoriti kakitangan diopis saya ni terasa sangat-sangat akan pemergian arwah. Hari ini semua muka-muka agak murung dan ofis saya tidaklah penuh dengan kakitangan kerana ramai yang pergi ke Johor bagi menziarahi jenazah dan keluarga allahyarham dan juga menyertai upacara pengkebumian sebelum Zohor tadi.
Al-Fatihah buat allahyarhan dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.


Warga Kumpulan TM Yang Dihormati Sekalian,

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
                                                                              
Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kita di Kumpulan TM, En. Mohd Zainuddin bin Elias, Penolong Pengurus daripada Unit Network Architecture & Technology, System Technology berumur 26 tahun seperti foto dilampirkan telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 23 Januari 2011 bersamaan 18 Safar 1432H, jam 6:00 petang di Hospital Putrajaya kerana kemalangan jalanraya.

Untuk makluman, arwah telah ditimpa kemalangan pada malam Khamis, 20 Januari 2011 yang lalu di Putrajaya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menjalankan tugas di TM Exchange Cyberjaya 2. Akibat kemalangan tersebut beliau telah koma selama 3 hari di Hospital Putrajaya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini Isnin, 24 Januari 2011 di kampung halamannya di alamat No. 1123, Jalan Umno, Pontian Kecil, Pontian Johor Darul Ta'zim sebelum Solat Dzohor.
Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Sekian. Terima kasih.
Wassalam.
Email dari Kumpulan Human Capital

Teringat semasa hayat beliau:
"Erni, Dino nak pinjam sepit kuku"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...