Pages

Thursday, July 28, 2011

Ini ketentuan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Awal pagi Isnin (25/07/2011), tepat jam 5:30 am ringtone "She's Happy nyanyian Auburn bermunyik-munyik. Macam pelik pon ade. Takkanlah beliau SMS pagi-pagi begini. Cepat nau mahligai besi sampai ke tepian...HUHUHU (Walhal baru ke tengah). Semangat tengok skrin telefon; mesej yang di terima bermunyik cenggini:
Salam Mama. Nenek aku meninggal pukul 4:30 am tadi.
Seriyes, saya terkejut terima mesej tu. Saya tahu macam mana kehidupan sahabat saya yang seorang ni. Sebabnya kami jalani kehidupan yang hampir sama. Cara dibesarkan pun hampir sama. Usai saya terima mesej tu, mulut lantas melefazkan "Innalillahiwainnailaihirojiun.." Tangan terus mengetik papan kekunci mengucap takziah. Sedikit ralat kerana saya tidak dapat menziarahi kerana saya juga punya agenda yang tidak kurang pentingnya pada masa itu (juga melibatkan kesihatan dan nyawa orang yang disayang).

Buatmu teman,
Bersabarlah. Ini memang perjanjian yang telah dimeterai - yang hidup pasti akan mati. Jangan terlalu bersedih dengan pemergian yang telah ditentukan ni. Berdoalah semoga roh arwah nenek sentiasa tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

p/s: baca status dia di FB pun rasa sebak.

2 comments:

Kancil 8349 said...

Salam takziah untuk teman kamu...minta dia bersabar...dan dapat menerima hakikat semuanya...

Ainul Hayat said...

Baik En. Kancil. Saya turut berharap agar sahabat saya dapat menerima hakikat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...