Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Saya rasa umum tahu hari ni 2nd match (perlawanan timbal balik) antara skuad Harimau Malaya dengan Singapore (Singa). HAHA..Saya yakin malam ni pasti stadium akan dibanjiri dengan penyokong-penyokong tegar skuad Harimau Malaya. Mana tidaknya suasana diopis saya sejak semalam agak "sibuk" dengan perlawanan bola sepak malam nanti. Ada yang duk agih-agih tiket. Ada yang sibuk membeli/mengambil jersi Malaysia kat lobi. Ada yang sibuk membuat temujanji bila tiba distadium nanti. Wow, meriah tol. Saya juga yakin Sistem Transit Aliran Ringan (STAR LRT) akan sesak dengan ribuan manusia.
Apa-apa pun semoga perlawanan malam ni berpihak pada Malaysia. Wahai skuad negara, berusahalah dengan jayanya untuk menundukkan & membenamkan hasrat Sang Singa dari terus mengganas dibumi Malaysia. Harimau Malaya......sila mengaum malam ni eh. Bahamlah pihak lawan sehingga kenyang. HAHA...Saya berharap sangat kamu-kamu (refer to Harimau Malaya) menang match kali ni.
p/s: Seb bek dah gi betulkan Touch & Go, kalau tak balik nanti terpaksa beratur panjang macam match antara Malaysia dengan Arsenal & Liverpool hari tu gara-gara nak mendapatkan sekeping ticket.
No comments:
Post a Comment