Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Setahun sudah berlalu. Ramadhan bakal menjengah lagi. Insyaallah Isnin (1st August 2011) seluruh umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Kepada semua umat Islam, rakan-rakan dialam cyber dan kenalan yang mengenali saya dan mengikuti blog saya, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan semoga ibadah/amalan kita diterima.
![]() |
| Sumber: Google |
Ini sedikit info yang saya terima via email tadi:
Sejarah Ramadhan
1. Ramadhan: Ertinya panas terik
2. Bulan diturunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3. Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan4. Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5. Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6. Di pilih untuk ibadat puasa.
7. Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan
1. Kamu akan di naungi Ramadhan (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur).
2. Bulan penuh keberkatan.
3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga7. Bulan menambah rezeki8. Memberi berbuka banyak pahala9. Bulan keampunan :-· Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa & juga doa ada sepertiga malam.
· 10 hari pertama adalah mulanya rahmat· 10 hari pertengahan - pengampunan,· 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan. (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)1. Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2. Menempah pakaian untuk Ramadhan3. Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5. Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)6. Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)7. Solat berjemaah setiap waktu8. Solat jemaah di masjid/surau9. Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10. Sahur diwaktu akhir
11. Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12. Mandi Janabat sebelum Imsak
13. Kurangkan tidur
14. Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15. Tunaikan Solat Dhuha
16. Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17. Tunaikan solat Rawatib18. Jaga pacaindera
19. Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20. Hadiri majlis ilmu
21. Buat baik kepada ibubapa
22. Isteri hendaklah taat pada suami
23. Banyakkan bersedekah
24. Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25. Berbuka bersama org tua
26. Jemput tetamu berbuka
27. Kurangkan berat badan28. Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)29. Baiki hubungan suami isteri
30. Baiki hubungan jiran31. Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32. Elakkan berbelanja berlebihan
33. Kuatkan kesabaran
34. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35. Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36. Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37. Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38. Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40. Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41. Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42. Melazimkan solat waktu
43. Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44. Elakkan banyak berhutang
45. Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46. Mengeluarkan zakat fitrah

4 comments:
salam..
selamat menyambut ramadhan yg mulia..
selamat menyambut bulan ramdhan
sekamar rindu:
Samalah. Selamat mnyambut ramadhan yang mulia yer.
Qaseh dalia adelia:
Selamat menjalani ibadah puasa.
salam ramadhan..wah..nmpk de perubahan je blog ko ni..haha
Post a Comment