Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Waktu awal Ramadhan hari tu (1st day puasa), saya berbuka dengan buah kurma, karipap dan air teh o panas je. Nasi langsung tak jamah. Entah kenapa rasa cam kenyang je masa tu. Terus set mind kan bagus setiap kali berbuka makan camni je. Makan nasi hanya pada waktu sahur. Kompom berat badan dapat dikekalkan dan dikurangkan. Punyalah berazam time tu. Namun saya rasa niat yang ada tu cuma bertahan selama 3 hari je. HUHUHU...masuk ramadhan yang keempat, hambek kau kurma yang pertama disusuli dengan minuman berais. Siap tambah-tambah lak tu. Dah tu sambar nasi pulak, kuih-muih langsung tak sentuh. HUHUHU...Habislah...Time tengah syok-syok makan barulah timbul kesedaran "Uish, tak boleh makan macam ni mahu tersandar aku jap lagi"...huh, dan dan tu habiskan baki makanan dalam pinggan dan beransur ke singki. Bahaya kalau nafsu menguasai diri. Biar akal fikiran yang control segala tindakan kita. Kalau tak...tak tahulah nak cakap ape...
Pesanan buat diri yang mudah tergoda dengan makanan, silalah hadkan pengambilan makanan kalau tak camne nak sarung baju kebaya nyonya? Agagaga~
7 comments:
akak sejak dh terberanak xde can langsung nak pakai kebaya kebayi ni
HEHEHE...yeke kak? Saya pun saje je buh perkataan kebaya nak motivasikan diri...hehehe
wahh..sye ni mkn mngalahkn org pose..ahhaha
heee.. dee plak nak naikkan berat badan bulan puasa ni. nnt kalau kurus sgt nak pakai kebaya pon tak cantik kan? ;)
ZuRaNaI:
HEHE...xpe...Zura kurus je. Leh le makan manyak-manyak.
Dee:
Bagus2 sila naekkan sikit kg tu baru molek pakai kebuaya....ngeh3
makann byk bazir aku ni.. huhu
Hamzah:
Ko kene makan byk sebab ko kan nk "Terbang tinggi-tinggi"...kui3
Post a Comment