Pages

Wednesday, August 10, 2011

Kehendak atau keperluan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dalam dunia serba moden ni, macam-macam perubahan yang berlaku. Antaranya:


  1. Telefon genggam / Telefon bimbit - Dulu rupe paras enpon adalah sebesar batu-bata. Masa tu sape yang pakai enpon dah dikira kayalah tu. Orang pun "wow" tengok kite. Ekekeke. Namun peredaran masa mendorong kepada terinovasinya enpon-enpon nih. Maksudnya dia transform la. Dari yang besar gedabak tu dia bertukar kepada yang lebih kecil dan cumil rupa parasnya.. HEHEHE. Anjakan paradigma berlaku lagi apabila keluarnya telefon pintar dipasaran. Canggihkan? Lagi best bukan golongan atasan je yang mampu memiliki telefon pintar ni pekerja bawahan pun dah ramai yang menggunakannya. Hebat-hebat. (Akak gak yang menten pakai enpon biasa-biasa).
  2. ipad - Sekarang menda alah ni pun dah meletup-letup kat pasaran. Dulu dari sebesar-besar desktop > laptop > netbook....Sekarang iPad tau. Dalam tren sebelah tangan pegang hand rail sebelah tangan lagi pegang iPad. Nampak cool & stylo kan? Nak baca apa-apa semua thru web jer. HUHUHU..(Akak je yang dalam tren still baca novel, owh....klasiknya...kui3)
Alaa....dah tak dapat fikirlah apa lagi barang yang canggih-canggih. Buat masa ni dua menda ni je dulu. Kalau kamu-kamu ada idea silalah drop idea pada ruangan komen. Walau apapun, suka saya ingatkan biarlah apa yang kita pakai dan mahukan tu selari dengan konsep "ukur baju dibadan sendiri." Janganlah kerana ingin nampak gah, tak nak ketinggalan dan ingin menunaikan hasrat hati, sampai bergolok-bergadai pulak. Tengok pada kemampuan diri. Kalau rasa mampu ok. Kalau tidak mampu sila buat cara tidak mampu. Saya juga punya banyak keinginan namun saya sentiasa berpegang pada kata bidalan tu. Untuk sedapkan hati, saya cuma fikir yang satu hari bila rezeki saya lebih Insyaallah saya dapat apa yang saya inginkan. Ini hanyalah kehendak je kottt...

p/s: Bilalah nak merasa pakai telefon pintar?

2 comments:

Anonymous said...

klu blajar ekonomi dlu, kehendak melebihi keperluan

Ainul Hayat said...

Yup, betul tu Sifu Im.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...