[Perhatian: Saya akan menggunakan kata ganti nama AKU dalam entri ini, bersesuaian dengan jenis cerita...Ngeh3]
Sepanjang doplohlimatahun kehidupan aku ni, tak pernah-pernah aku berjinak-jinak dengan dunia mercun. Tak kiralah apa jenis mercun. Memang tak pernah-pernah aku nak memainkannya secara rela hati, terbuka hati dan senang hati. Kalau ada pun hanyalah mercun Pop-pop a.ka mercun bawang. Itupun dah kira hebatlah sebab aku main mercun pop pop tu. Kalau mercun lelain tu takdenye dalam penyenaraian. Kalau bunga api yg belang merah putih tu, yang kalerful tu ke dan yang batang besi tu ke aku mainlah.
Semalam, Along aku gi beli mercun. Pelbagai jenis pulak tu. Mak aih. Terkujat aku. Ada mercun pop-pop. Ada mercun das-das. Ada mercun teratai. Ada mercun yang time hari merdeka & new year tu skali. Tak ketinggalan ada munge apilah kan. Anak-anak sedara aku dah teruja nak main.
sumber: Google
Kata-kata akhir dari aku:
- kepada adik-adik yang nak main bunga api sila pastikan anda dibawah pengawasan orang dewasa ye.
- adik-adik tak payah main mercun ok, bahaya. Nanti raya camne nak collect duit raya?
p/s: Time raya nak pasang mercun yang orang pasang time hari merdeka & new year tu...agak-agak beranikah daku? Tapi aku masih ada rasa takut nak main wooo....
:: Aku taip entri ni semalam, hari ni baru publish. ☺


4 comments:
wa!! best2..huhu..nak maen mercun gak..
Efa:
Best memang best tapi still takut. HUHUHU
hahah..saye pun takut..tapi bile men cm seronok..
Zura:
Saya memang sentiasa takut tau wak....
Post a Comment