Pages

Wednesday, January 6, 2010

Pengakhiran dan Permulaan

Kali ini ialah sorotan cerita penghujung tahun 2009 dan awal tahun 2010. Selamat Tinggal 2009. Semoga apa sahaja yang berlaku sepanjang 2009 dapat dijadikan iktibar dan panduan buat diriku agar menjadi orang yang lebih matang, sentiasa berfikir tentang kehidupan yang mendatang dan melakukan anjakan paradigma untuk memuaskan kehendak dan keperluan diri, Insyaallah.

Tahun 2009
Penuh dengan panorama sendiri. Penceritaan, jalan cerita, lakon layar dan watak yang terdapat dalam slot dan episod pada tahun itu yang telah membuatkan tahun 2009 penuh dengan kisah suka-duka, pahit-manis, sihat-sakit, gemuk-kurus, tinggi-rendah dan macam-macam lagi, HAHAHAH..pendapat peribadi aku tahun lepas adalah tahun yang penuh dengan warna warni. Perpisahan, pertemuan, pengenalan, pembaharuan, kejatuhan, ketabahan, ujian dan bermacam-macam lagi agenda sepanjang 2009 menjadi rutin hidup aku. Umpama mainan kehidupan aku. Namun perkara seumpama itu tidak sekadar berakhir pada tahun lepas tatkala 2009 melabuhkan tirainya tetapi masih diteruskan sehingga ke tahun 2010.

Tahun 2010
Moga tahun 2010 menjadikan aku setabah tahun lepas, lebih kuat berbanding tahun lepas dan yang paling penting lebih sabar berbanding tahun lepas.
Sabar untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Sabar untuk berhadapan dengan ragam manusia. Sabar dengan semua ciptaan dimuka bumi ini. Sabar. Sabar. Sabar.
Itulah kunci utama kehidupanku.Aku percaya banyak rahmat dan hikmah yang diperoleh jika kita bersabar. Istilah sabar yang banyak memotivasikan diri aku pabila rasa diri ini lemah. Sabar juga yang banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih menghargai akan persekitaran.

Sebelum 2009 melabuhkan tirainya, aku bersyukur kerana sudah ketemu dengan sahabt baikku, Nurul Akma. Sejak berpindah ke rumah baru aku sudah terputus hubungan dengan dia. Mujur akak aku terserempak dengan dia pada satu petang tu. Rasa seronok sangat berjumpa dengan Nurul. Berkongsi dan bertukar cerita. Bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kerjaya, bercerita tentang kenangan lepas ketika berada dialam persekolahan, dan bercerita tentang masa hadapan. Harap ada masa yang sesuai dapat meluangkan masa bersama Nurul dan beberapa teman diluar. Rindunya untuk bersama teman-teman.

Pada masa entry ini ditulis, dia sudah berada jauh dari tanah air. Sudah 3hari dia disana. Aku doakan dia sentiasa beroleh kesejahteraan dan setiap apa yang dilakukan disana diberkati dan diredhai, Insyaallah.

::Aurora oh Aurora, Pentingkah kamu itu, Kenapa aku terpegun?::

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...