Pages

Tuesday, May 4, 2010

AQAR

Hari Ahad yang lepas, kedua-dua anak sedara kesayangan saya menyertai Kejohanan Taekwondo (Speed Power Taekwondo). Dekat Taman Industri Bolton Batu Caves. Keluar rumah seawal 0715 am kerana penganjur kata before 0800 am semua kena sampai ke lokasi yang dinyatakan. Memang awal kitorang sampai seawal 0730am..memula cam semangat gile la bila dah sampai sana. Nampak setiap sudut bebudak berlatih untuk kejohanan. Jarum jam dah berganjak ke angka 0800 am tapi still takde pape info atau ura-ura yang perlawan nan dimulakan. Takpe-takpe tunggu-tunggu. Tungu punya tunggu dekat pukul 1000am baru la kaunter dibuka untuk semak nama etc...

Macam hangen je sebab penat menunggu...masa banyak terbuang. Kalau detin besh gak time tu. Tettt...HAKHAKHAK. Tapi takpe seb bek ade buku peneman disisi. Ceewaahh..
Anak sedara saya yang sulung, Aqil masuk dua acara. 1st: Sparing bawah 12tahun & Poomse. Adik Aqil plak, Arshad masuk Poomse. Si arshad ni lagi lah tak leh nak duk diam. Dia rasa canggung je kalau duduk diam lelama. Dia pun buat perangai itu ini. Gaduh-gaduh ngan shaye.Huh! Sabo je la. :D

Hampir pukul 1200pm baru turn Aqil untuk ber"sparing".
Ketika ber"sparing".....

"Tendang Aqil, tendang...tumbuk perut dia...hit target Aqil..tendang tendang"

HAHAHA...gila excited makcik dia (sy la tu) yang satu ni. Dah tak pedulik org kiri kanan. Nak pandang-pandangla..Glemer what org pandang-pandang. Muahahahahha..
Akhirnya Aqil tumpas. Takpe-takpe cedok pengalaman Aqil. Lagi pun 1st time masuk sparing. hero memang selalu kalah dulu. Ngak3...

Sejurus selapas itu Aqil, Arshad dan kami sekeluarga mengisi tangki yang agak kebuluran. Kui3....nasi lemak tu tak besh sebab sambalnye manis...tapi dalam pada tak sedap tu habis gak sebungkus. Huh!.. Rezeki tak baik dibuang-buang. :)

Dalam pukul 0200pm, giliran Aqil dan Arshad untuk beraksi dalam acara poomse. poomse merupakan acara yang memerlukan peserta membuat "Taegeuk". Kali ni Arshad berpisah denagn Aqil. Arshad beraksi secara berkumpulan dengan peserta-peserta lain yang dia sendiri tak kenal. Bila pengadil suh dia wat "Taegeuk 4" dia lost. Dia stuck. Sebab dia da set mind yg dia kena buat Taegeuk 3. Dia relax, fikir & terus buat taegeuk 4. Fuh!! Seb bek dia masih buat.

Selepas itu Aqil lak wat Taegeuk 4. WOw, terpana seketika saya. Mana taknye budak yang baru 8tahun ada karisma tersendiri membuat gerakan-gerakan Taegeuk tu. Cara dia menghayun kaki dan tangan, meletakkan kaki kebumi semuanya rapi dan teliti. Kemas dan cantik. Terdetik kat hati yang Aqil mesti menang. Akhirnya rezeki memihak pada Aqil pabila dia diumumkan sebagai juara untuk Poomse menebus rasa kecundang tempohari. Arshad hanye berjaya mendapat saguhti. Better than nothing rite?

Kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar pada riak wajah Aqil pabila dia berjaya menguguli acara tersebut kerana saya tahu dalam apa sahaja yang dia lakukan, dia lakukan demi umi dan baba.

Arshad dirundung rasa kecewa sebab baginya tidak berbaloi penat dan usaha yang telah dilakukan jika hanya layak untuk mendapat saguhati, tapi kami tetap memberi kata-kata semangat supaya semangat dan keyakinannya tidak mati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...