Pages

Tuesday, September 13, 2016

Pengalaman Bersalin 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Walaupun sudah kelewatan dan agak basi, saya tetap ingin berkongsi.
Saya disorong ke labour room. Sebaik sahaja sampai, diminta naik ke atas katil. Bidan yang bertugas membuat segala persiapan dan persediaan untuk menyambut kelahiran baby saya. Cek bukaan ketika itu baru 8cm. Bidan jangka sejam lagi saya akan bersalin. Bidan pun keluar sebentar dari labour room. Suami memang dah berada disisi. Tidak lama kemudian bidan masuk semula, cek bukaan dan terus cakap dah boleh bersalin. Zupp! Berdebarnya saya time tu. Terus tarik nafas dalam-dalam dan start meneran. Sekejap-sekejap curi nafas. Macam tak cukup nafas. Terus bidan tu tanya, Puan ada asthma ke? Cara bernafas macam orang semput. Ya - serentak saya dan suami jawab. Bidan tanya ada bawa air selusuh ke? Suami jawab ada. Terus bidan tersebut suruh minum, katanya kita ikhtiar. Suami memberi kata-kata semangat begitu juga dengan bidan. Setelah beberapa kali percubaan, sokongan dan doa yang tidak putus-putus akhirnya lahirlah zuriat kami suami isteri. Suami saya menangis. Sejak saya start berjuang dia dah menangis. Saya? Tak mampu nak menangis sebab betul-betul hilang tenaga. Bayi diletakkan didada dalam keadaan belum dibersihkan. Satu perasaan yang tak dapat dirungkai. Bercampur-baur antara gembira, sedih, syukur, kagum dan macam-macam lagi. Sempat kucup bayi saya sebelum diambil untuk dibersihkan. Saya rasa macam nak tidur je masa tu sebab memang dah tak larat sangat dan lapar. Tak lama selepas tu saya diberikan biskut cream cracker dan air coklat panas. Ya Allah, sedap betul! Memang ketika berpantang akan biskut kering cicah air milo adalah satu kenikmatan.

1 comment:

Unknown said...

Saat bersalin tu saat yg tak dapat dilupakan..
Terutama sekali anak pertama..pengalaman pertama..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...