Luluh hati seorang ibu apabila melihat putera kesayangan menanggung kesakitan. Apalah yang si kecil tersebut faham tentang kesakitan? Tapi siapa kita untuk berkata apa-apa. Saya dan suami hanya mampu berdoa dan bermohon pada Allah s.w.t agar diringankan penderitaan yang ditanggung baby Amsyar. Ini merupakan kali ketiga atau kali keempat Amsyar dimasukkan ke ICU. Doktor kata terdapat jangkitan kuman. Doktor masih berusaha memberikan rawatan dan mencari root cause tentang penyakit baby Amsyar.
Saya tahu akak ipar saya terlalu sedih. Mana tidaknya, dia orang yang melahirkan baby Amsyar. Ibu mertua saya turut sedih melihat penderitaan Amsyar. Suami kata, suara emak sebak ketika bercakap melalui telefon tempoh hari. :(
Suami saya turut sebak bila dapat tahu anak saudara yang baru berusia 3 bulan lebih itu terlantar di hospital. Saya lihat ada air mata di wajah suami. Ya Allah, ujian apa yang sedang KAU berikan..
Saya minta sangat agar diringankanlah ujian yang sedang dihadapai oleh baby amsyar. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Akak cakap, doktor tengah berusaha yang terbaik untuk baby Amsyar.
P/S: Tak dapat nak balik kampung hari ni. Semoga akak terus tabah dan kuat hadapi ujian ini.