Pages

Friday, April 29, 2011

Jumaat yang dingin...auww

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Ada 15 minit lagi sebelum tempoh berkerja tamat. Luangkan masa jap menjenguk dan menaip barang sebaris dua ayat dalam blog KK nih. 


Pagi tadi:
Hujan yang agak lebat di kotaraya Kuala Lumpur. Eceh. Ini mempengaruhi cuaca sejuk sampai ke petang. Sekarang saya rasa macam berada kat Genting dah. HAHAHA. Semua orang kat opis ni kebanyakannya ceria-ceria sahaja wajah mereka (untuk hari ni). Faham-fahamlah bila CEO dah declare beberapa minggu lepas. Ngeh3...


Tengahari:
Kemain berpusu-pusu makhluk dalam opis ni meninggalkan opis (time lunch hour je). Dah tak nampak bayang orang dalam opis ni. Kalau ade pun sangatlah minimal. Mana taknya, akibat declaration beberapa minggu lepas, makin panjanglah kaki-kaki mereka mengukur mall dan membuat amal jariah kepada peniaga-peniaga. HEHEHE. Saya?? Maintain duk kat opis sambil men game vodo-vodo. HIKHIKHIK... (saya perlu berjimat sekarang nih..huhuhu)


Sekarang:
Ramai penghuni-penghuni opis nih dah meninggalkan opis nih. Al-maklumlah cuti panjangkan , walaupun hanya 3 hari. Semuanya pakat ramai-ramai pulang ke kampung halaman. Semangat kemain mereka nak bertemu ayah bonda. Macam suasana raya dah kat opis sekarang nih. Sampaikan saya pun terasa begitu teruja, siap bertanya-tanya lagi kat orang-orang lain "Awak tak balik kampung ke?".....Ngeeeee....Cam syok je tengok orang balik kampung. Ni lah natijahnya bila membesar kat bandar dan tidak mempunyai kampung.. asek sibuk-sibukkan tentang kampung orang lain jelah..HEHEHE 


p/s: Agak-agak masa akan datang nanti saya ade kampung tak yang hendak dituju? Janganlah kamu kata Kampung Baru atau Kampung Cheras Baharu. Itu dalam KL lagi...:)

Gugu Gaga 2nd GA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Pagi-pagi buka blog, tengok saya telah di tag oleh Kak Fitri . Ajak saya join GA - Gugu Gaga Liya:GuGu GaGa 2nd GA. 


Sila Klik Gambar untuk join GA ni
Macam best pulak join GA nih. Saya rasa ni kali kedua kot melibatkan diri dan terjebak dalam dunia GA. HEHEHE. Syarat-syarat penyertaan mudah sahaja. Cuma tempekkan gambar kat atas ni, buat satu entri mengenai " Gugu Gaga 2nd GA". Tag 5 orang & follow yerp.

Okey, saya nak tag 5 orang. Siapalah agak-agaknya kelima-lima orang yang bertuah tu yer? HEHEHE...cekidout:


Due date GA ni ialah: 20 May 2011. Ayuh, kita meriahkan GA ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...