Pages

Monday, October 24, 2011

Adoiyai....tak tahu nak letak tajuk apa..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bila depan cakap lain.
Bila belakang belit cerita.
Bila cakap sikit salah.
Bila cakap banyak lagilah salah.
Bila bertanya dikata menghasut.
Bila diam dikatakan berlagak.
Bila meluahkan dikatakan mengungkit.
Bila buat nampak tak kena.
Bila tiada barulah suka.
Bila semuanya nak jadi sempurna...
Bila semuanya nak sampai ke penghujungnya...
Mungkin bila dah menutup mata.
Itupun kalau hati dan sikap tu dah berbeza.
Kalau masih sama....sepanjang hayatlah mengarang cerita.

p/s: Pelbagai ragam politik manusia.

Thursday, October 20, 2011

Spontan Khamis #6

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Tak perlulah kita mendoakan yang tidak baik ke atas orang lain.
Sesungguhnya perbuatan sebegitu adalah tidak elok.
Biar Allah sahaja yang mengadilinya.
Apa yang perlu kita buat adalah sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.
p/s: Itu lebih afdal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...