Sekarang kapal suami banyak Touch n Go je. Dah takde dah nak stay lama-lama kat port. Berada di port selama 2 - 3 hari dah dikira lama ok. HEHEHE. Petang semalam dah berlayar ke location semula. Macam biasa, bila ada coverage kami suami isteri akan berwasap-wasap.
Entah kenapa wasap semalam lebih emosi berbanding sebelum-sebelum ni. Selalunya wasap kami takdelah sampai tahap beremosi sangat. Semalam lebih kearah hal-hal tanggungjawab dalam kehidupan rumah tangga kami dan juga tentang tanggungjawab kami sebagai manusia. Saya rasa ayat-ayat suami tu sangat mudah dan straight forward. Dengan erti kata lain takdelah sampai tangkap sedih punya ayat. Tapi saya yang membacanya yang rasa touching lebih. HAHAHA.
Antara ayat-ayat suami yang buat saya rasa touching sangat tu:
"Dalam kelembutan sayang tersirat 1000 kekuatan yang orang lain tak nampak..."
".... kekuatan sayang yang abang rasa perempuan lain (selain wife seaman) tak ada..."
"Setiap kali nak buat kerja-kerja yang bahaya abang akan cuba sentiasa ingat untuk berdoa supaya Allah selamatkan abang dari segala bala bencana...abang niatkan dalam hati abang nak cari rezeki untuk keluarga kita..."
Time ni saya dah rasa nak nanges sangat. Mungkin orang akan anggap saya over tapi orang tak tahu apa yang kami lalui.
Sesungguhnya saya sentiasa mendoakan kesejahteraan suami saya. Suami saya membelah lautan untuk mencari rezeki halal buat keluarga kecil kami. Suami saya pertaruhkan nyawa berhadapan dengan risiko-risiko bahaya ditengah laut. Semuanya demi keluarga kami. Sungguh! Saya insaf. Orang luar hanya nampak pulangan yang suami bawa apabila bercuti nanti. Tapi saya sebagai isteri (saya yakin isteri-isteri pelaut yang lain juga) lebih inginkan suami balik dalam keadaan yang sihat mental dan fizikalnya.
Kadang-kadang saya kerap merungut bila berhadapan kesulitan dalam menjalankan tugas. Sedangkan suami? Siapa yang dia ada ketika dalam kesulitan? HUHUHU...
# Ya Allah, lindungi suamiku.