Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Lama sungguh blog picisan ini dibiarkan sepi. Sampai suami saya tertanya-tanya kenapa saya dah tak rajin mengapdet. Almaklumlah mood tak mari untuk mengapdet.
2014 memberi pelbagai kenangan dan pengalaman manis dalam kehidupan saya. Dari segi kerja, Alhamdulillah...semakin memahami boss baru. Segala kepayahan dan kesukaran dalam kerja memang perkara biasa. Nak tak nak kena hadapi juga. Hadapi je dengan senyuman walaupun kadang-kadang saya hadapi dengan kecelaruan.
Tentang kehidupan peribadi, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti biasa. Tahun lepas memang tahun yang penuh kejutan buat saya. Kejutan dalam pelbagai bentuk. Rata-rata adalah kejutan yang manis-manis sahaja. Berpeluang bercuti-cuti Malaysia bersama suami. Sesungguhnya masa yang terisi bersama suami adalah perkara bahagia dalam hidup.
Oh ya! Saya masih lagi bergelar pelajar separuh masa. Pejam celik-pejam celik saya dah berjaya melepasi 5 semester. Macam tak sangka pula boleh pergi sejauh ini. Mungkin ini berkat doa suami dan keluarga. Juga semangat juang yang masih menebal dalam diri. Walaupun kadang-kadang semangat tu menipis. Namun mengenangkan duit yang dilaburkan untuk pengajian ni, saya kena tabah menghadapinya. Itu pilihan saya. Saya perlu berhadapan dengan 3 semester lagi, InsyaAllah. Semoga dapat menamatkan pengajian dengan jayanya. Yeay!
Buat Suami,
Dah boleh baca blog ni. Nanti saya update lagi okeh. :)
Friday, February 20, 2015
Tuesday, June 17, 2014
Kezutan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sekejap je masa berlalu. Sekarang dah pertengahan tahun 2014. Lama sungguh tak mengarang sebaris dua ayat dalam blog ni. :)
16/06/2014! Tarikh yang mungkin saya takkan lupakan. Bila mana kejutan yang super sepraiss berlaku. Alkisahnya....
Habis je scan document dekat mesin fotostat, terus balik ke tempat duduk. Tengok atas meja, ade kota berbungkus elok siap ada kad kecik, "To: Ernibaizura Naim, From: Secret Admirer". HAHAHA. Saya memang terkejutlah juga. Tapi entah kenapa instinct rasa itu bukanlah "secret admirer". Iols bukanlah hot pon nak ada secret admirer bagai.
Tak berani nak buka sebab hati tak sedap. Terus snap gambar tu, whatsapp dalam grup sedara mara. Akak ipar saya dan abang saya dah eksaited kemain. Perasaan ingin tahu diorang lagi membuak-buak. Saya apatah lagikan? HEHEHE...tengok asben saya reply, "ini boleh mendatangkan cemburu buta". Pastu, saya tengok lagi tulisan atas kad tu. Rasa macam kenal dan cam sangat tulisan tu. Terus teringat pada Kak Intan. Kak Intan ni rakan sejawat kat opis ni.
Terus call Kak Intan.
Saya : Akak. Akak ada letak barang atas meja Eni tak?
Kak Intan : Barang apa?
Saya : Entah! Tak tahu barang apa. Tapi ada kad. Tulisan macam tulisan akak je. Akak letak ye?
Kak Intan : Ish, mana ada. Tulisan akak bukan macam tu...kat kad tu tulis apa? (saya dah dapat tangkap. kenapa kak Intan kata tulisan dia bukan macam tu? bukan dia tengok pun...huhuhu...tapi rileks lagi...ahaks)
Saya : Dia tulis..."To: Ernibaizura Naim..."
Kak Intan : Lagi? Tu je ke? (nampak tak? Kak Intan hampir2 kantoi)
Saya : ...."From: Secret Admirer"...(malu ok nak cakap secret admirer tu...hahaha..macam poyo)
Lepas selesai conversation dengan Kak Intan, saya call husband saya. Tapi dia tak angkat. Banyak kali call pun tak angkat. Lepas tu, saya pun biarkan je barang tu atas meja. Saya sempat pergi hantar document dekat office lain. Naik semula ke office saya, saya call akak ipar. Akak ipar saya tanya dah buka belum? Saya kata tak lagi, tak berani. Dia kata buka je la tengok apa isinya. Sambil gagang phone kepit kat bahu, sambil tangan buka wrap tu. Dah buka wrap, tengok kotak tu wrap dengan A4 paper pula. Buka A4 paper, tengok ade kotak handphone. Memang target saya Kak Intan je. Sebab dia guna handphone yang sama macam kotak tu. Saya fikir, mesti dia letak something dalam kotak handphone tu. Takpelah, buka sikit kotak tu. Terperanjat monkey saya, tengok handphone.....Uwaaaaaa....Zupp! Memang terlintas husband saya je la masa tu. Terus tanya Kak Intan....korek punya korek rupanya husband saya minta tolong Kak Intan belikan. Katanya phone saya dah teruk sangat, asyik hang je. HUHUHU...Kak Intan yang pergi ke Mid Valley, wrap sume tu. Husband saya berpakat ngan Kak Intan. UWaaaaa...terharu dan tergaru rasanya. Tak pernah terlintas dan terfikir langsung akan dapat kejutan macam ni.
Kak Intan,
Akak memang mastermind. Thanks sebab akak berjaya buat Eni terkejut. Thanks sebab tolong husband Eni untuk belikan handphone tu. Thanks Kak!
Abang,
EEEiiiii...memang terbaiklah kejutan tu. Saya suka sangat-sangat. Hampir-hampir nak nanges ok waktu dapat handphone tu. Ye, saya memang dididik supaya tidak meminta-minta. Itu memang bukan character saya. Apa pun terima kasih banyak-banyak abang sebab sanggup berkorban wang ringgit untuk itu. HEHEHE...lebiu.

Subscribe to:
Posts (Atom)