Pages

Tuesday, November 3, 2009

Kerja

Ketika entri ini ditaip, aku masih diopis baru lepas melakukan kerja-kerja yang masih bersisa. Insyaallah ada kesempatan esok aku akan sambung buat kerja-kerja yang masih berbaki dan yang bakal mengunjungi peti masuk outlook dan meja aku nih. Kemungkinan esok kerja agak banyak sikit sebab nak move kat another side coz Phase 2 renovation will be start tomorrow, Insyaallah...kemungkinan besarla.

Alhamdulillah, sejak 2minggu ni kerja aku boleh dikatakan banyak tak banyak sikit pun tak sikit. Tapi tak sampai tahap "goyang kaki, korek gigi"..kui3...masih ada kerja yang berstatus "follow up, pending, in progress". Walaupun setiap hari volume kerja susah nak forecast tapi aku tetap gembira buat kerja-kerja aku ni. Adakah ini petanda aku dah mula cintakan kerja aku yang sekarang ni?? YES! YES! YES! Aku suka kerja aku dan sayang kerja aku. Bersyukur kerana ini punca rezeki aku. Walaupun kadang-kadang ada yg tak kena here & there aku abaikan je. Kalau nak ikutkan @ layankan sume tak jalan la keje aku. HUHUHU...

Tetiba terasa nak wat perbandingan dan perbezaan kerja ditempat dulu dan sekarang pulak. Masih di bawah satu company yang sama tapi berlainan division.

Dulu : Sales, Domestic
Sekarang: CSM, Global

Boss Dulu: Dari segi kerja memang dia ni tip-top la. Best bekerja dengan dia ni. Tapi tu la...dari segi komunikasi tu agak susah sket. Dia pun diam, aku pun diam. Dia okey cume aku rasa cam takut sangat bila nak jumpa dia. Padahal takde benda pun, dia okey jer kalau nak refer dengan dia. Aku akan berani sket kalau aku ada kawan, kak Fadzilah.Tapi kerja dengan dia memang best...sangat-sangat best.
Boss Sekarang: Pun pendiam. Tegas gak, tapi suka bercerita kalau kita approach. Dia ni pun best. Kerja dengan dia pun senang. Yang paling best, aku rasa tak takut cam aku nak jumpa boss lama dulu. Dia ni pun best. Cume kalau dia moody tu...pandai2 la bawa diri..HEHEHE...Alhamdulillah setakat ni aku takde pape masalah kerje dengan dia.

Dulu selalu meeting, sekarang takde meeting.
Dulu jaga akaun, sekarang jaga boss.

Apa pun dua-dua tempat ni ada pro n con yg tersendiri la. Nak expect apa kan. Kat mana-mana tempat pun politik kerja tetap wujud. Cume sekarang ni, terpulang pada diri sendiri dan terpulang pada cara pembawaan diri kita kat tempat kerja. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...