Hari ni nak buat entry ape ye? Haa...tetibe terjana idea nak buat entry pasal "ketinggian". Cam pelik kan subjek yang nak diceritakan ni? Tapi pdulik pdulik..nak jugak citer.
Sejak akhir-akhir ni (sejak minggu lepas actually) aku selalu je terserempak dengan golongan hawa yang mempunyai ketinggian lebih dari 160cm. Camne aku tahu lebih dari 160cm sebab diorang sume lebih tinggi dari aku dan sampai satu tahap aku kena mendongak tengok diorang (maksud tersiratnye ialah ketinggian hakiki aku is 160cm).First thing aku akan buat bila aku tengok golongan yang tinggi-tinggi ni ialah, aku akan tunduk kebawah tengok kasut yang diorang pakai ada heel atau tak? Kalau diorang pakai flat shoes memang hati aku girang. HAHAHA...Aku sangat seronok dan suka bila ada orang tinggi dari aku (ditujukan untuk golongan hawa), sebab apa tau aku selalu rasa yang struktur badan dengan ketinggian aku nih cam tak kena (adakah real ataupun hanye perasaan aku je yg rasa camtu?). Lagi plak terasa cam aku jer "zirafah" dua kaki time ramai-ramai dengan orang sekeliling, walaupun hakikatnya ada orang yg lebih tinggi dari kau lah Eni. HUH! Pe pun aku tetap bersyukur dengan kurniaan-NYA.
Time kat rumah, aku rasa aku lah the tallest and female giant kat umah. HARHARHAR (sila bunyikan word "HARHARHAR" tu dengan segarau dan seganas yg boleh sebagai tanda giant tengah bersuara, kui3). Tapi bila kat opis dan bersama kawan-kawan kolej tak pulak rasa camtu sebabnya ada lagi yang lebih tinggi melampai dan melangsing dari aku. (Melangsing? Apakah itu?). Jadi tidak adalah rasa rendah diri and ganjil sangat bila ada kat tengah-tengah crowd. Heks. Along aku pernah cakap ketika aku di tingkatan 4,
"Kat umah nampak cam ko la paling beso dan tinggi kan? Rupanya bila kat sekolah ada lagi yang tinggi dari ko. So, jangan nak perasan la ko tu tinggi sangat ek..."
(HuH! Nampak sangat dolu aku sangat berbangga diri dengan ketinggian aku, kui3...)
Seronok tau tengok orang tinggi-tinggi nih. Bila berdiri sebelah diorang tu terasa la cam kita ni "kecil molek" je walaupun hakikatnye TIDAK!! Dan dan tu jugak terpikir, boipren @ husband diorang nih mesti tinggi dari diorang kan. Wahh...tall-taller-tallest. Tapi aku pernah dengar suara-suara rakan sepejabat lelaki yang mengatakan tak semestinya perempuan akan dapat suami yang lebih tinggi dari diorang. Ada gak suami yang sama tinggi dan ade juga yang kurang tinggi dari si isteri. MURAH REZEKI kata orang. Majoriti orang-orang tinggi yang aku jumpa akhir-akhir ni sumenye slim-slim belaka (tetibe terbit perasaan "kalaulah aku slim cam dia"...). Cam tak patot kan nak rasa camtu...HEHEHE...
Apapun syukurilah atas nikmat dan kurniaan yang diberikan. Ingatlah apa yang kita ada nih hanya bersifat sementara, jadi jagalah ia dengan sebaik mungkin. Walau apapun size badan kita, ukuran ketinggian kita syukur masih diberi peluang untuk menikmati pinjaman itu. Entry ini ditulis bukan untuk memprotes atau menyesali kekurangan diri cuma ingin bercerita apa yg dirasa.
No comments:
Post a Comment