Hampir sebulan Kronologi Kehidupan tidak disajikan dengan catatan terkini. Bukan maksud ingin melupakan tapi setiap kali ingin mencatatkan sesuatu didalam KK pasti tergendala aktiviti mengemaskini tersebut. Seolah-olah gerak hati dan kawalan minda membuatkan aku agar jangan membuat sebarang kemaskini pada ketika itu. Idea itu datang dan pergi.
Kini, seperti terasa ingin mencatatkan sesuatu.
Yang pertama, kisah tempoh hari yakni seminggu yang lalu. Sangat indah saat itu. Rasa tak mau biarkan hari tersebut berlalu. Andai aku ada kuasa untuk men"statik"kan masa, hari & tarikh pada waktu itu sudah pasti aku buat. HEHEHE...tapi tak boleh la nak buat macam tu, kalau tak lagi lambat la masa pergi. Weee...CJJ memang perlukan banyak pengorbanan, kesefahaman, toleransi, kesabaran dan kepercayaan yang tinggi. Kadang-kadang khuatir kalau-kalau diri ini tak mampu lagi untuk bertahan dan berhadapan dengan ujian-Nya. Mujur masih diberi kekuatan iman, dikurniakan kewarasan akal fikiran agar jangan pernah untuk berpaling. Jangan sesekali untuk mengalah. Alhamdulillah hingga ke saat ini aku masih kental dan tabah untuk berhadapan dengan segala macam cubaan dan dugaan. Syukur sangat-sangat kerana dianugerahkan dengan ketabahan yg sebegini rupa. Waktu ini aku tahu dia sedang sibuk menjalankan tugasan disana. Aku doakan agar dia selamat disana. Aku tunggu kepulangannya. Mujur kita masih ade kenangan agar kita rasa seolah berdekatan antara satu sama lain. Mujur kita ade topik yang selalu dibualkan agar kita saling mengingati antara satu sama lain. Sesungguhnya......aku terlalu..........
Yang kedua, tentang sikap sesetengan manusia (khaskan pada kaum adam) yang cam buat tak nampak je kan pada kerja-kerja yang memerlukan kekuatan seorang lelaki. Bukan apa..., dekat office ni ada sorang akak ni memang la tulang besi urat dawai tapi apelah salahnya wahai sang lelaki untuk memberikan pertolongan dengan mengangkat Distilled Mineral Water yang berat tu. Susah ke? Ape, ko takut baju kotor, atau fikirkan tak nampak kelas bila lakukan kerja-kerja macam tu? Huh, come on la...tolong la peka dengan persekitaran. Andaikata akak itu ibu @ mak korang adakah sanggup nak biarkan dia angkat tong air seberat tu sendiri? Lelaki kah anda?? Huh Huh Huh. Aku tak tujukan pada sesiapa. Apa yang aku catatkan adalah apa yang aku nampak. Setakat ini division aku memang peka tentang hal-hal untuk mengangkat benda-benda berat ni. Waima assistant pada boss aku pun willing nak angkat tong air tau. Kesian wo tengok makcik-makcik ni wat itu ini sedangkan korang yang muda belia ni boleh buat tak tahu. Hampeh sungguh. Boss aku pun tolong tolak meja yang berat & tolak almari. Apa kes??
Kredit untuk divison aku...oyeay oyeay...Biaskah aku?? Hahaha...
Monday, March 1, 2010
Wednesday, January 6, 2010
Pengakhiran dan Permulaan
Kali ini ialah sorotan cerita penghujung tahun 2009 dan awal tahun 2010. Selamat Tinggal 2009. Semoga apa sahaja yang berlaku sepanjang 2009 dapat dijadikan iktibar dan panduan buat diriku agar menjadi orang yang lebih matang, sentiasa berfikir tentang kehidupan yang mendatang dan melakukan anjakan paradigma untuk memuaskan kehendak dan keperluan diri, Insyaallah.
Sabar untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Sabar untuk berhadapan dengan ragam manusia. Sabar dengan semua ciptaan dimuka bumi ini. Sabar. Sabar. Sabar.
Itulah kunci utama kehidupanku.Aku percaya banyak rahmat dan hikmah yang diperoleh jika kita bersabar. Istilah sabar yang banyak memotivasikan diri aku pabila rasa diri ini lemah. Sabar juga yang banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih menghargai akan persekitaran.
Sebelum 2009 melabuhkan tirainya, aku bersyukur kerana sudah ketemu dengan sahabt baikku, Nurul Akma. Sejak berpindah ke rumah baru aku sudah terputus hubungan dengan dia. Mujur akak aku terserempak dengan dia pada satu petang tu. Rasa seronok sangat berjumpa dengan Nurul. Berkongsi dan bertukar cerita. Bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kerjaya, bercerita tentang kenangan lepas ketika berada dialam persekolahan, dan bercerita tentang masa hadapan. Harap ada masa yang sesuai dapat meluangkan masa bersama Nurul dan beberapa teman diluar. Rindunya untuk bersama teman-teman.
Pada masa entry ini ditulis, dia sudah berada jauh dari tanah air. Sudah 3hari dia disana. Aku doakan dia sentiasa beroleh kesejahteraan dan setiap apa yang dilakukan disana diberkati dan diredhai, Insyaallah.
Tahun 2009
Penuh dengan panorama sendiri. Penceritaan, jalan cerita, lakon layar dan watak yang terdapat dalam slot dan episod pada tahun itu yang telah membuatkan tahun 2009 penuh dengan kisah suka-duka, pahit-manis, sihat-sakit, gemuk-kurus, tinggi-rendah dan macam-macam lagi, HAHAHAH..pendapat peribadi aku tahun lepas adalah tahun yang penuh dengan warna warni. Perpisahan, pertemuan, pengenalan, pembaharuan, kejatuhan, ketabahan, ujian dan bermacam-macam lagi agenda sepanjang 2009 menjadi rutin hidup aku. Umpama mainan kehidupan aku. Namun perkara seumpama itu tidak sekadar berakhir pada tahun lepas tatkala 2009 melabuhkan tirainya tetapi masih diteruskan sehingga ke tahun 2010.Tahun 2010
Moga tahun 2010 menjadikan aku setabah tahun lepas, lebih kuat berbanding tahun lepas dan yang paling penting lebih sabar berbanding tahun lepas.Sabar untuk menghadapi ujian-ujian yang mendatang. Sabar untuk berhadapan dengan ragam manusia. Sabar dengan semua ciptaan dimuka bumi ini. Sabar. Sabar. Sabar.
Itulah kunci utama kehidupanku.Aku percaya banyak rahmat dan hikmah yang diperoleh jika kita bersabar. Istilah sabar yang banyak memotivasikan diri aku pabila rasa diri ini lemah. Sabar juga yang banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih menghargai akan persekitaran.
Sebelum 2009 melabuhkan tirainya, aku bersyukur kerana sudah ketemu dengan sahabt baikku, Nurul Akma. Sejak berpindah ke rumah baru aku sudah terputus hubungan dengan dia. Mujur akak aku terserempak dengan dia pada satu petang tu. Rasa seronok sangat berjumpa dengan Nurul. Berkongsi dan bertukar cerita. Bercerita tentang kehidupan, bercerita tentang kerjaya, bercerita tentang kenangan lepas ketika berada dialam persekolahan, dan bercerita tentang masa hadapan. Harap ada masa yang sesuai dapat meluangkan masa bersama Nurul dan beberapa teman diluar. Rindunya untuk bersama teman-teman.
Pada masa entry ini ditulis, dia sudah berada jauh dari tanah air. Sudah 3hari dia disana. Aku doakan dia sentiasa beroleh kesejahteraan dan setiap apa yang dilakukan disana diberkati dan diredhai, Insyaallah.
::Aurora oh Aurora, Pentingkah kamu itu, Kenapa aku terpegun?::
Subscribe to:
Posts (Atom)