Pages

Tuesday, February 8, 2011

Luahan Rasa Saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Ini cerita lepas. Dah berlalu pun tapi saya belum lupakan lagi. Biasalah selagi hidup didunia ni, selagi tu lah memang takkan lari dan terlepas dari perkara-perkara yang kadang-kadang menjengkelkan kita. Mujur ada keluarga dan blog ini untuk berkongsi apa yang dirasa. Saya tidak faham apabila ada manusia yang terlalu lancang berkata-kata. Mungkin manusia jenis ini adalah manusia yang ingin menunjukkan kehebatan dia dalam melaksanakan sesuatu tugas tu dan juga tidak mahu turut serta membantu apabila pihak lain memerlukan pertolongan. Padahalnya halnya sekelumit je...pihak lain tu hanya cuba bertanya sahaja. Masalah besarkah bagi manusia sebegini.apabila ada orang bertanya tentang sesuatu yang tidak pasti? Takut dilabelkan sebagai kaunter pertanyaankah?? HAHAHA.....kalau tak boleh bertanya baik tak payah datang kerja. Duduk rumah diam-diam sudah okey. Ini kali kedua saya di sound oleh manusia ini. Semuanya hanya kerana bertanya. Mujur dia sound saya [saya yang malas nak berlawan kata]. Saya bagi je peluang dia berkata-kata ikut citarasa dia. Sampai satu tahap kalau saya tidak boleh bertahan jangan salahkan saya kalau saya terfire kamu ye wahai manusia.
Jujurnya saya tidak berdendam. Lagipun buat apa nak berdendam. Saya cuma tidak pernah melupakan setiap tindakan dia terhadap saya. Sekurang-kurangnya saya lebih mengenali siapa dia sebenarnya.

Monday, February 7, 2011

Cuti Seminggu Digunakan Sepenuhnya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Lebih kurang seminggu bercuti. Nyaman sungguh. Dapat berada dirumah. Walaupun tidak kemana-mana cuma 3 atau 4 hari pertama cuti banyak dihabiskan dengan aktiviti-aktiviti beriadah bersama keluar diluar kawasan umah. HEHEHE. Macam-macam aktiviti yang dilakukan antaranya ialah makan-makan bersama keluarga dan keluarga kenalan kakak saya. Berjalan-jalan di taman tasik. Mengukur mall dan beraksi dengan menunjukkan skill bermain bowling memasing. Ternyata kakak saya hebat bermain bowling. Ini orang kata diam-diam ubi berisi. Saya tak dapat nak captured momentos yang besh-besh memandangkan kedua-dua phone saya kehabisan battery. Sedih gile. 

Selebihnya, waktu cuti banyak dihabiskan dirumah. Menjalankan aktiviti kekeluargaan seperti mengemas rumah yang memang takkan pernahnya habis dikemas. Mengemas rumah ialah rutin maka hari-hari kena kemas. Apabila mendapat cuti yang panjang begini haruslah extra work mengemas. Penat tu memanglah penat tapi hati sangat puas sebab dapat tengok rumah kita kemas dan bersihkan. Baru rasa selesa je.

Owh...setelah lebih kurang 5 hari dapat kaberej dan dapat berhubung, beliau telah dibawa ketengah semula. Terputus sementara perhubungan kami. Semoga beliau selamat ditengah sana. Hopefully beberapa hari dari sekarang beliau mula berada ditepian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...