Pages

Monday, August 8, 2011

Tak terbendung

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Waktu awal Ramadhan hari tu (1st day puasa), saya berbuka dengan buah kurma, karipap dan air teh o panas je. Nasi langsung tak jamah. Entah kenapa rasa cam kenyang je masa tu. Terus set mind kan bagus setiap kali berbuka makan camni je. Makan nasi hanya pada waktu sahur. Kompom berat badan dapat dikekalkan dan dikurangkan. Punyalah berazam time tu. Namun saya rasa niat yang ada tu cuma bertahan selama 3 hari je. HUHUHU...masuk ramadhan yang keempat, hambek kau kurma yang pertama disusuli dengan minuman berais. Siap tambah-tambah lak tu. Dah tu sambar nasi pulak, kuih-muih langsung tak sentuh. HUHUHU...Habislah...Time tengah syok-syok makan barulah timbul kesedaran "Uish, tak boleh makan macam ni mahu tersandar aku jap lagi"...huh, dan dan tu habiskan baki makanan dalam pinggan dan beransur ke singki. Bahaya kalau nafsu menguasai diri. Biar akal fikiran yang control segala tindakan kita. Kalau tak...tak tahulah nak cakap ape...

Pesanan buat diri yang mudah tergoda dengan makanan, silalah hadkan pengambilan makanan kalau tak camne nak sarung baju kebaya nyonya? Agagaga~

Betul ke?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah. Pejam celik - pejam celik hari ni dah masuk 8 hari semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Kepada sesiapa yang masih full puasanya tahniah ye. Kepada adik-adik yang baru belajar puasa pun tahniah jugak. Banyak-banyakkan bersabar ye adik-adik terutamanya yang pra sekolah dan baru tahap 1 kat sekolah rendah tu. Memang banyak dugaan dan cabaran berpuasa ni. Sabar tau. (Teringat kat anak-anak sedara yang bertungkus lumus puasa tu...bagus3).

Ni lah dia, bila dah lama tak update blog hati meronta-ronta nak update, tapi bila berpeluang nak update rasa cam ketandusan idea lak nak update. Apakah? HUHUHU..

Erm, pernah tak ternampak / terlihat / terpandang kaum-kaum hawa yang coti berpuasa ni beli makanan & pelan-pelan menyusup ke port yang strategik untuk makan ketika bulan puasa? Macam saya dah biasa menyaksikan adegan macam tu. Cume puasa kali ni bulan terlihat atau ternampak sesiapa lagi. HEHEHE. Persoalannya, betul ke kalau kita tidak boleh berpuasa disebabkan uzur (dtg bulan), kita kena makan. Berdosa kalau kita menahan diri dari makan (yang biasa saya lakukan sama ada di pejabat mahupun dirumah). Inipun saya diberitahu oleh abg saya, itupun beliau dengar ceramah tempoh hari. Boleh beri penjelasan tak?

Ostad Jiji & Sifu Mun'im leh jelaskan?

p/s: Kengkawan selalu tak dapat detect I coti dari berpuasa. Besh3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...