Pages

Tuesday, November 8, 2011

Zura dan Ainul nak kahwin

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Hari tu dapat kad jemputan kahwin kawan baik saya, Baizura. Tak sangka metoi Baizura nak kahwin dah. Dia singgah umah malam. Pas Isyak camtu. Dia bagi kad. Saya amek. Pastu saya tengok dia...saya senyum lama. Dia dah cuak dan muka dah merona merah. Kui3...

Zura : Kau ni nape Eni?
Saya : Saje je aku nak tengok kau. 
Zura : Kau senyum-senyum macam ni buat aku cuak siot.
Saya : Rileksla, aku saje je tengok kau. Aku happy kau nak kahwin. Tak lama lagi kau dah nak jadi isteri orang. Kau nervous tak?
Zura : Mula-mula tu tak. Tapi bila kau pandang aku macam ni terus nervous...HAHAHA..adelah sikit-sikit nebes.
Saya : Biasalah tu perasaan macam tu kan?   
Zura : Kau bila nak bertunang?
#soalan dijawab dengan soalan#

Saya siriyes happy dengan berita dia nak kahwin. Siriyes punye siriyes ok. Insyaallah kalau takde apa-apa aral melintang, saya pasti datang ke majlis kawan baik saya ni. Dah lah nama kitorang sama - Baizura-kebetulan nama bakal suami dia sama - Ainul- dengan link blog saya nih. Apa jenis kebetulankah ini? HEHEHE. 

Cepat betul masa berlalu. Seorang lagi kawan saya akan melangkah ke satu fasa lagi. Doakan yang terbaik buatmu teman. Semoga bahagia sentiasa bersamamu.

p/s: Tetiba teringat ketika di tingkatan 2, selepas solat dan sebelum pakai stokin kita akan tgk jari kaki sesama sendiri. Ingat lagi kamu bertanya, "Eni, nape jari kau kurus-kurus?"....terus saya jawab "Nape jari kau gebu-gebu?"...kui3....

Thursday, November 3, 2011

Entri Peram

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

[Entri ni dah basi. Tapi pedulik, saya nak update jugak...Ngeh3...]

Hari tu saya ada cakap nak share cerita pasal PD. Saya ada bagitau sikit kat entri ni. Hari ni saya cerita eh. Pada hari Isnin yang lalu division saya yang terlibat dengan ISO telah menghadirkan diri ke Sri Intan Resort, PD. Bengkel (read: workshop) berjalan selama tiga hari..


Gerak dalam pukul 9:00 am. Saya tumpang Kak Elly. Almaklumlah orang takde transport. HEHEHE...Sampai sana lebih kurang pukul 10:30 am. Pheww...orang paling last ok sampai. Padahal sekretariat. T__T. Sedih sekali orang paling last gak dapat bilik, memandangkan orang yang duduk kat bilik sebelum ni telah memporak-perandakan keadaan bilik. HUH! Pasukan housekeeping telah bertungkus lumus mencantekkan semula bilik tersebut. Dah dapat kunci budak kaunter tu cakap "jangan masuk dulu ye kak, ada orang tengah repair toilet". Uwaaaa.......dah lah berhajat! (#mujur saya ni jenis tak cepat marah, ekekeke).

Petangnya jenjalan kat tepi pantai PD tu. Time tu jenjalan kat gigi-gigi air sambil menikmati pemandangan ciptaan Tuhan. :)

Petang keesokan harinya aktiviti bertambah meriah. Kaum adam semuanya sibuk bermain bola sepak pantai. Kui3...


Kaum hawa pulak kemain gian mentangkap gambar. HEHEHE.


Lagi happening bila kami 6 kepala menceburkan diri dalam aktiviti "Bot Pisang a.k.a Banana Boat". Second time naik mendealah ni. Layan gak tahu. Tapi masa kena terbalik buat kali pertama rasa macam tak boleh bernafas. Time tu hanya terfikir akan pendek nyawa je. HUHUHU...


Dah penat beriadah (kununnya) disiang hari, makan time lah pulak kan. Malam tu ada BBQ Dinner. Memang terbaiklah BBQ dia. Kat sini soal makan tak jadi masalah dan tidak mengecewakan langsung. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi tidak hairanlah ada yang naik berat badan selepas balik dari workshop ni (sayalah tu. heks). 
#berasa sungguh kagom terhadap diri sendiri kerana berjaya makan sepotong daging kambeng. Itupun lepas Kak Asmah & Nik Kazimah beriyer-iyer mengwar-warkannya akan kelazatan daging tersebut....Sedap.


Makan ulang-ulang sampai kenyang. Pastu sambung berbengkel semula sampai larut malam. Untuk hari ketiga, gambar tiada dalam simpanan. Kena minta dari photographer dulu. Okeylah, sekian sahaja yer.

p/s: Bengkel best tapi penat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...