Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Ada orang suruh saya tolong carikan calon untuk seseorang.
Saya enggan.
Bukan saya sombong, bukan tidak mahu hulur pertolongan dan bukan tidak berperikemanusiaan.
Hakikatnya saya bimbang akan ada kesan sampingan.
Yang sebetulnya jodoh, ajal dan maut tu semuanya di tangan Tuhan bukan.
Kenapa hendak dipertikaikan akan tempoh lamanya menjadi bujangan??
Andaikata calon yang saya pilih menepati piawaian dan seseorang itu berkenan - saya gembira.
Andaikata calon yang saya pilih itu membawa kebahagiaan dan kegembiraan pada seseorang itu - saya turut bahagia.
Berbalik pada kesan sampingan;
Andaikata calon yang saya pilih itu membawa kepada bencana dalam perhubungan seseorang itu bagaimana?? Barangkali saya akan dipersalahkan sebab memperkenalkan calon yang sedemikian rupa. Saya tidak berani menanggung risiko. Bagi saya, biarlah seseorang itu mencari sendiri cinta dia, biarlah dia usaha sendiri untuk mencari imam dan pelindung dia suatu masa nanti. Yang pasti seseorang itu mesti ada citarasa sendiri tentang pasangan yang didambakan, siapa saya yang nak melebih-lebih dalam perjalanan hidup dia..
P/S: Saya sendiri masih bertatih dalam kehidupan rumahtangga.
Wednesday, April 25, 2012
Tuesday, April 24, 2012
Saya dah pasang angan-angan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Walaupun belum ada dalam tangan, tapi saya dah dok berangan-angan. Alhamdulilllah, rezeki dari Allah dan rezeki kahwin agaknya. HEHEHE. Saya pasti dan yakin rata-rata rakan sekerja saya dok menanti hari berbahagia itu. Hari dimana kita mendapat habuan atas segala pekerjaan yang kita lakukan. Yeay!
Sejak CEO umumkan jumlah habuan yang bakal diberikan, sepantas kilat saya mencongak segala perbelanjaan. Hutang atau segala jenis tanggungan harus diberi keutamaan dahulu. Risau gak kalau belanja tak beringat akan memakan diri sendiri nanti. Maka dahulukan mana yang utama. Lepas tu barulah boleh gunakan untuk perkara-perkara lain.
Lagi...
Sedar tak sedar lebih kurang 10 hari dari sekarang je masa yang ada untuk saya dan suami. Suami dah nak mula bertugas diperairan. Gementar sebenarnya. Risau pun ada. Saya nak manfaatkan sepenuhnya masa yang ada ni dengan perkara-perkara indah je. Sebab untuk 3 bulan mendatang, hanya memori-memori indah ni je yang akan menjadi hiburan saya nanti (selain daripada keluarga). Suami....nanti mesti saya rindu sangat-sangat.
Dah lah, rasa sedih pulak. Bek pikir malam ni nak masak apa... :)
P/S: Sejak dapur siap, hari-hari fikir pasal menu~

Subscribe to:
Posts (Atom)