Tuesday, December 31, 2013
Setahun Tak Jumpa
Kalau nak diikutkan hari ni saya dah boleh makan, minum, berjalan-jalan, tengok TV, bergelak ketawa secara duo bersama suami. Sebab tu pangkal ayat tadi ialah, "Kalu nak diikutkan". Ihiks. Namun, itu semua hanyalah perancangan manusia. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.
Suami kena attend satu trip lagi. Tak tahulah pula berapa lama operation kat location baru. Harap-harap in between tu kapal suami balik port. Turunkanlah semua off-signer tu. Bagi on-signer naik pula. HEHEHE.
Nampak gayanya untuk menatap wajah kesayangan saya sebelum tahun 2014 memang tidak kesampaian. Takpe-takpe, lambat off lambatlah pula on. Yeay. Alhamdulillah sejak kapal suami mula berlayar ke destinasi seterusnya ni, sekurang-kurangnya setiap sehari saya akan dapat satu panggilan. Syukur. Yang bestnya, setiap kali suami call, suami mesti akan berada di pulau/laut/tempat yang berbeza-beza. Maka, setiap kali itulah saya akan mula tanya soalan geografi pada suami. Kenapa kapal lalu situ. Kenapa tak lalu sini. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Banyak sangat soalan kenapa dari saya. Ihiks.
Hebat wo setahun tak jumpa. Suami gi keje tahun 2013 InsyaAllah balik 2014. Umur pon dari 2 series dah beranjak ke 3 series. Syabas bettey. Ngak3.... apapun, semoga suami yang jauh dimata sentiasa dalam perlindungan Allah. Aamiin. :)
P/S: Kebanyakan entry saya mesti pasal suami saya. Kalau ada rezeki anak, baru saya up pasal anak pula eh. Ihiks.
Luahan Rasa
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Sempena tahun baru esok, saya pasti ramai yang dah berazam dan target macam-macam dalam kehidupan.
Azam saya? Tidak lain dan tidak bukan saya selalu pesan pada diri sendiri supaya jadi manusia baik. Saya sedar fitrah akan kejadian manusia tu tidak sempurna. Disebabkan itu, saya cuba didik hati dan jiwa saya supaya sentiasa menjadi baik dan berbaik sangka dengan orang lain. Jadi lebih penyabar dan kuat berhadapan dengan karenah orang. Erm...saya yang tak banyak bercakap ni pun orang tetap mengata dan memburuk-burukkan saya. Tak guna untuk saya jelaskan satu-satu pada mereka akan letak duduk cerita yang sebenar. Saya tetap ambil pendekatan berdiam diri. Saya biarkan mereka analyze dan realize sendiri. Saya tahu mereka ada fikiran, ada pelajaran...sudah pasti tahu membuat perbezaan antara kaca dan intan. Itulah saya cakap manusia memang tidak sempurna. Kadang-kadang kelebihan kita menjadi masalah besar pada orang lain. Kelemahan kita menjadi keseronokan pada orang lain.
Ya Allah, pelihara lidahku. Pelihara perbuatanku. Pelihara fikiranku.
Moga yang baik-baik sahaja berlaku sepanjang 2014. HambaMU berharap.