Hari ni selera aku bukan main membuak-buak. Aku pun tak tahu sebab apa. Lebih kurang jam 11am, perut aku mula merengek tanda minta diisi..dalam hati hanya fikirkan nasi je. Tak kisahla nasi ape pun nasi goreng atau nasi campur. Yang penting nasi. Memandangkan tugas harian yang agak banyak "volume"nya, aku pujuk perutku supaya bersabar sikit yer..Satgi aku turun cari makanan untuk kau tau. Please duk diam-diam jangan merengek...
Selepas berurusan dengan bahagian HR, aku pun terus turun untuk membeli makanan. Pada mulanya berdetik untuk ke food court Level 3 tu tapi niat aku terbantut sebliknya aku terus menuju ke kedai serbaneka (wah.., sungguh aneh sebut word camni..kui3..). Mencapai sandwich, kopok Roller Coaster flava Asam Pedas & air yogurt buah-buahan tropika. Nyum...Nyum...Nyum...usai makan sandwich dan air yogurt, perut masih tak puas lagi. Masih ada esakan kecil tanda minta diisi lagi...Mengada-ngada tol perut nih, aku dah la malas nak turun naik turun naik. Huh!
Ngam-ngam kul 1.20pm, aku terus ke River Side tapau nasi putih berlaukkan sup ayam, sayur terung, sayur petola...sangat berselera aku menikmati menu tu tadi. Best sangat-sangat. Dan-dan tu pulak aku terfikir nak jadikan menu tu menu first yang aku nak masak time bertangga umah nanti. Kwang3.....apela yang aku cakp nih. Tak malu tak malu...(Ini hanya fiction).
Bila difikir-fikir balik, kenapa aku begitu berselera adakah kerana aku benar-benar lapar, depression, stress atau saje mengada nak mengikut hawa nafsu??? Hahahaha...aku sendiri tak tahu.
No comments:
Post a Comment