Betapa cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik, minggu ini adalah minggu terakhir itu. Pengisian dan waktu senggang yang ada sebelum sampainya minggu terakhir itu diisi dengan agenda tersendiri yang mana program yang "disertai" merupakan idea yang terjana disaat-saat akhir.
Huh! <--------keluhan apakah ini?? Mungkin puas, mungin letih, mungkin...tiada kata yang sesuai utk perkataan "huh" ini. Cume alunan suara kecil yg keluar dari mulut ini @ helaan nafas yang keluar dari rongga pernafasan. Mengimbau kembali agenda 2 hari lepas merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan, akan tersemat rapi dalam kotak ingatan. Akan adakah lagi suasana seperti itu selepas ini?? Wallahualam...insyaallah ade..tp mungkin dilokasi yang berbeza, dengan jalan cerita yang berbeza tetapi masih mengekalkan watak yang sama dan tujuan yang sama.
Sebagai manusia biasa aku akui tidak pernah rasa puas. Puas terhadap anugerah yang diurniakan. Kadang-kadang nak lebih dari tu. Tapi apakan daya..., memang dah lumrah manusia tidak pernah puas kan? Cuma dengan kewarasan akal fikiran dapat memandu jiwa dan diri ini untuk menikmati kepuasan itu. Bersyukur masih diberi peluang untuk semua itu.
Semoga kali ini aku lebih sabar dan cekal untuk menghadapi saat itu. Ingatlah wahai hati..., perginya bukan untuk berjoli..perginya untuk mencari nafkah diri. Ingatlah wahai diri.., jangan selau menghukum dirinya fikirkan juga apa yang tersimpan didalam hatinya. Perginya hanya sementara dan dia akan kembali semula kesini bila tiba saat dan ketikanya. Sabar dan tabah adalah kunci utamanya. Persoalannya..., adakah Dia akan jadikan aku sesabar dan setabah itu? Mudah-mudahan ye. Aku sangat butuhkan kesabaran tu. Aku sangat dambakan ketabahan itu.
No comments:
Post a Comment