Semalam aku dihidangkan dengan cerita ketabahan seorang wanita mengharungi pahit getir kehidupannya. Yang mana dia perlu berkorban banyak perkara untuk memastikan orang-orang tercinta & tersayang sentiasa sejahtera. Kenapa aku katakan "orang-orang" sbb lebih daripada seorang orang yang dicintainya. Diceritakan bagaimana dia melalui kehidupannya tanpa perlu bergantung harap dengan seseorang yang bernama "suami". Suami yang menjadi tempat bergantung untuk semua perkara diuji dengan ujian yang begitu berat untuk ditanggung seorang diri. Pada saat suaminya diuji dengan ujian, ibunya juga diuji dengan ujian hidup yang sama.
Dahulu :
- Setiap perkara diletakkan 100% pd suami. Dari hal yang sekecil-kecil kuman kepada hal-hal yang sebesar-besar alam. Semuanya diletakkan pada pundak suami.
- Perjalanan dari pejabat kerumah & dari rumah kepejabat dipantau oleh suami. Kemana sahaja suami itulah yang menemaninya, yang memanjakannya.
- Hal anak-anak juga suami yang bertanggungjawab sepenuhnya. Ini tidaklah bermakna sang isteri lepas tanggungjawab atau peranan hakiki sebagai isteri @ ibu. Tetapi sudah biasa dibelai, dimanja dan diberi kesenangan dalam menjalani rutin harian. Pendek kata tiada susah semasa sihat tubuh badan suami.
- Semua perkara terpikul dibahu isteri. Semua hal difikirkan oleh isteri. Begitu berat untuk menghadapi seorang diri. Tapi apakan daya, nak tak nak kena juga hadapinya. Walaupun berat mata ni memandang berat lagi bahu yang memikul.
- Menyingkap balik kehidupan lepas, alangkah bagusnya kalau dulu lagi sang isteri berdikari makna kata dimanjakan tetapi tetap diberi peluang untuk melakukan sesetengah perkara dengan sendiri tanpa pertolongan si suami, ape yang perlu cuma seliaan yang tidak pernah luput.
- Penderitaan yang dialami oleh suami dan ibu memberi kesan yang amat dalam pada isteri. Runtun hati isteri bile memikirkan keadaan suami dan ibu yang sedang melawan dengan penderitaan tersebut.
- Dicekalkan hati, disematkan tekad, dikuatkan semangat dan disuntik kesabaran untuk menghadapi semua ini. Air mata yang mengalir menggambarkan bahawa sedihnya hati sang isteri. Betapa getirnya ujian ini.
Pagi ini, dikhabarkan tentang pemergian salah seorang orang tercinta si isteri. Innalillahiwainnaillahirrajiun.. Berguguran lagi airmata sang isteri. Sabar ye kak, kehilangan merupakan satu perkara yang memang menyeksakan. Tetapi redhakanlah pemergiannya. Sabar hadapi semua.
No comments:
Post a Comment