Pages

Monday, October 12, 2009

Memori Terindah

21 Syawal 1430H / 10 Oktober 2009 - tetap akan menjadi kenangan terindah buat aku. Kenapa? Biar aku sahaja yang tahu. Weee...takmau kongsi tak mau kongsi. Yang pasti pada hari tersebut aku telah tahu siapa sebenarnya mereka. Pada hari tersebut aku berpeluang mengenali mereka. Pada hari tersebut juga aku dapat meluangkan masa bersama mereka. Walaupun hanya seketika, tapi segala apa yang terjadi pada hari tersebut tetap memberi makna buat diri aku. Daripada perbualan, penulisan, gambaran dari perantara yang aku percaya dan akhirnya pertemuan yang realiti yang betul-betul menyenangkan aku. Walhal diawal pertemuan itu aku sungguh gugup dan takut. Gugup & takut kerana pertama kali aku berhadapan dengan situasi begitu. Gugup & takut akan penerimaan mereka. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan..terima kasih wahai Tuhanku.

Akhirnya hari yang dinantikan kunjung tiba. Benar kata orang, penantian satu penyeksaan. Alhamdulillah, penantian tersebut berakhir dengan satu pertemuan. Syukur, kau masih setia. Syukur aku masih tabah dan cekal. Semoga kejauhan ini mendekatkan kita, semoga kejauhan ini mengajar kita erti kesabaran, semoga kejauhan ini dapat mendewasakan kita...Insyaallah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...