Pages

Wednesday, July 7, 2010

Berakhir Sudahhh...

Alhamdulillah, segala penat lelah selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila “Majlis Penyerahan Sijil ISO9001:2008” telah dilaksanakan dengan jayanya. Hoyeay hoyeay.. Semuanya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut agenda yang ada. Pada majlis tu semua kakitangan GCSM, TM Global hadir sama untuk meraikan hari yang penuh bermakna tu. (Ewah, apsal macam formal sangat ek penulisan ni?). Tetamu-tetamu keormat, En. Azim Ng Abdullah, Naib Presiden Standard & Kualiti SIRIM. En. Mohamad Rozaimy Abd Rahman, EVP of TMG dan juga Senior Management dari LoB lain.
Menu pun memang Mantooppp…Saya suka. Tapi dapat jamah sikit sahaja memandangkan kekenyangan..Dalam kesibukan menguruskan kelancaran majlis tu ada jugak pihak yang terasa hati kerana tidak diundang…*alamak, saya minta maaf banyak-banyak sebab terlupa mau jemput nek menikmati hidangan yang lazat bersari itu*..serius saya terlupa. Yang saya ingat hanyalah ingin majlis ni berjalan dan berakhir dengan sempurna dan sekaligus menamatkan terus igauan selama ini. Heh..apapun kamu yang terasa hati tu jangan lama-lama sangat ikutkan rasa hati tu yer. Bila dalam keadaan tertentu kita manusia biasa nih pasti akan terlepas pandang tentang sesuatu itu. Saya tahu walaupun bendanya enteng dan remeh tapi kami tidak bermaksud melupakan. Apa pun usah khuatir yer, memandangkan kamu akan dibelanja oleh sorang akak tu sebagai tanda penghargaan atas pertolongan selama ini dan akak itu pun sebenarnya memang dah berniat mau belanja.
:: Maafkan Kami…maafkan kami…maafkan kamiiiiiii ::
Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk minggu kedua dalam bulan July 2010. Maknanya ada lebih kurang 3minggu lagi untuk menunggu ketibaannya kebumi bertuah ini. Eceh. Walhal beliau juga dibumi. Syukur sangat-sangat sebab saya hampir berjaya mengawal diri dan emosi saya sepanjang ketiadaannya. Saya masih menjalankan kehidupan saya seperti biasa. Saya masih mandi basah, makan kenyang dan tido lena…weeeeeeeeee………

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...