Pages

Friday, July 9, 2010

Sambil Menyelam Minum air a.k.a Kill Two Birds With One Stone

Tadi saya, Kak Wan, Kak Az, Kak Sue dan Kak Hanom pergi melawat anak Kak Razidah yang accident tempohari. Anak Kak Razidah @ Ida patah kaki dan agak parah jugakla semasa terlibat dengan kemalangan tu. Rusydi – anak kak Ida yang accident tu berlanggar antara motor dengan bas. HUH..Mujurlah time tu dia tak bonceng sekali adik dia Haziq. Kalau tidak…tak taula ape nak cakap. Nampak muka Kak Ida yang susah hati. Nampak airmata dia bergenang tadi. Dia sempat bercerita lagi pada kami tentang keadaan Rusydi selepas kejadian. Muka umpama kemek sebelah…darah berjujuran keluar…Time tu jugak Kak Ida terus cakap yang dia ampunkan dosa anak dia yang satu ni. Dia ampunkan semuanya sambil membaca yasin. Dari tadi dah Nampak betapa kasihnya seorang ibu kan. Mujurlah tidak ada apa-apa. Tadi ketika saya dan rakan-rakan pejabat yang lain bagi kata-kata semangat pada Kak Ida, Nampak kelopak mata dia berair. Yelah, hati ibu kan. Pasti bagai disagat perasaan tu apabila permata hati yang dijaga dan diberi perlindungan selama ini mengalami musibah. Ya Allah…mudah-mudahan takde apelah hendaknya.
Sesudah tu sang perut kami ni pun laparlahkan. Tekak memang rasa cam nak makan something yang pedas lagi panas. Kebaboo..Sedap woo. Entah camne dalam bincang-bincang nak pergi makan apa dan dekat mana Kak Sue pun terus cakap makan dekat Al-Rawsha.
Kami (eceh, padahal saya) yang cam pelik-pelik dan blur ni tanyala…Apa Al-Rawsha tu??
Rupanya Arabian Food. Woww…sound interesting. Cam kena lak ngan novel yang saya sedang baca sekarang. Merupakan kisah gadis Melayu yang berpendidikan agama berhijrah ke Kota Londan untuk menjadi pereka fesyen dan dalam masa yang sama mempunyai keluarga angkat berketurunan Arab dinegara itu. Eh eh eh…tadi saya bercerita pasal makanan Arab bukan? Saya ni dah lah jenis yang pelik pelik ni susah nak makan. Yang sebenarnya saya bukan seorang yang berani mencuba. Saya bercitarasa local. Itu pasal dalam urusan mencari calon pun nak yang local jerk… memilih makanan tadi saya cam tak reti sangat. Akhirnya akak-akak itu yang memilih menu untuk dimakan pada tengahari tadi. Untuk minuman penghapus dahaga sahaja saya yang pilih sendiri..Ngeee….Makanan yang kami order ialah:
1) Chicken Kabsa (merupakan nasi bersama ayam dan kuah seperti beriani)
2) Chicken Mandy (merupakan nasi tapi ayamnye digrilled dan nasi dia panjang-panjang, yogurt dan tomato blend bersama sedikit cili…tapi tak pedas okay)
3) Khashkhash Kebab (daging, parsley marinated)
Alhamdulillah, saya boleh makanlah. Tapi rasenye kalau saya datang lagi pun saya akan memesan menu yang sama kot. Sebab saya bimbang kalau-kalau saya pesan menu yang lain, saya tak leh makan pulak. Kamu yang baca tu ada intention nak bawa saya kesana ke?? Motif saya bertaip begini.?? Apakahhhh??? Harga pulak boleh dikira berpatutan. Sebabnya satu hidangan Kabsa @ Mandy cukup untuk 2orang makan. Alamak…tangan masih berbau Chicken Kabsa dan Chicken Mandy la…
Untuk pengetahuan u ols u ols sume, akak-akak opis saya ni merupakan orang-orang yang dah lama berkhidmat di TM nih. Jadi bermacam-macam story-mory yang mereka ini kongsikan. Pergi ke Arablah, ke Ostrolia la…ke situ ke sini. Macam-macam yang diorang cerita dan sharekan. Saya rasa seronok mendengarnya. Saya tidak berpeluang untuk menjelajah kenegara-negara luar ni lagi. Insyaallah kalau ade rezeki naklah jejakkan kaki sekali kenegeri orang. Sekali seumur hidup pun jadilah…HEHEHEH…pendek kata ujan emas dinegeri orang ujan batu dinegeri sendiri lebih baik dinegeri sendiri., Yang ade di sana tu, cepat balik!! ;)


*








*








*






*


Tapi


Perasan tak title ni macam tak kena kan keselarasannya.
Yela, menyelam pastu nak bunuh burung...
Bukan ke satu kat laut satu kat udara??
Alahh...pe nak heran ni macam yin-yang, lelaki-perempuan, jujur-curanglaaaa....
lalalalalal

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...