Pages

Friday, July 9, 2010

Tatkala tidak havoc ngan rutin harian....

Semakin hari saya semakin biasa menjadikan KK sebagai ruangan untuk saya mencatatkan apa sahaja yang terbuku dihati saya.

Kenduri Kesyukuran

Esok jiran depan rumah saya akan membuat kenduri sempena meraikan ulangtahun permata hatinya yang menginjak ke usia 1 tahun. Zulaikha Rafiqah. Secantik namanya. Comel juga raut wajahnya. Telatah anak kecil ini sungguh menghiburkan dan mencairkan hati sesiapa sahaja apabila melihatnya. Tidak terkecuali saya. Sesungguhnya Ika adalah ciptaan terhebat Allah s.w.t.. Sudah pasti sekarang ini keluarga Ika sedang sibuk menguruskan persiapan untuk majlis esok. Dengar cerita Kak Yong, Abg Raziz, Kak Zura , Awin dan Ika pergi ke Pasar Borong Selayang seawal jam 4.30pagi. Tak menahan tu Ika pun join shopping. Apa pun semoga segala apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar yer semua… Go Go chaiyokk..

Trip Ke Tambun

Malam tadi Mira ada SMS saya bertanya sama ada saya ingin menyertai trip ke Tambun atau tidak.. Sound interesting. Dapat gi Lost World tu. RM34 jeee….sangat menarik tertarik & da bomb… Rasa cam nak pergi, sebab dah lama gila tak jumpa kengkawan lama. Dah 2tahun pun. Huhuhu….Kalau orang dah kahwin kompom dah beranak pinak. Tett…Izra pun ada ajak, erm, ni yang berkobar-kobar nih. Nak gi la… Anda berdua tunggu saya dapat permission dari keluarga terchenta saya dulu yer. Ape-ape saya akan update u ols.. Mira ada gak cakap try ajak Fendi & Kak Nab. Waahh..harus seronok trip tu nanti. Tapi….pasti kolitku gelap…agagagaga..Tapi, saya macam nak pergi. Seronoklaaaaaaa……. Agak lama jugakla tidak dapat menghabiskan masa, eh bukan menghabiskan ,masa tetapi mengisi masa yang ada bersama rakan-rakan. (Eceh, gaya cakap seolah-olah selalu sangat berjimba-jimba bersama mereka). Walhalnya, seingat saya Cuma sekali sahaja pernah meluangkan masa bersama rakan-rakan. Diulangi sekali lagi. SEKALI. Time tu Izra & Mira takde. *sobs sobs*…Pe pun, saya akan cuba ye wahai rakan-rakanku..besh besh besh…

Sendiri-Sorang-Terasing-Terpinggir-Tersisih

HAHAHAH…..sangat entah hapehape bukan sub topic yang ini. Erm, tapi saya tidak suka bila rasa begini sampai. Untuk certain situation saya suka. Mungkin untuk perkataan “sendiri” masih boleh diterima. Ini kerana mungkin bergantung pada faktor-faktor tertentu yang membawa kepada keadaan bersendiriran. Mungkin faktor--faktor yang memang tidak dapat dielakkan mendorong kepada terjadinya situasi yang sebegini. Tape saya terima dan saya pasrah. Namun untuk perkataan terpinggir dan tersisih sangat sukar untuk diterima. Apapun jika itu yang sudah termaktub dalam diari kehidupan mengapa harus dipersoalkan bukan. Cuma perlu rela hati dan harunginya sahaja. Saya sentiasa berfikir bahawa Allah mempunyai rencana terbaik untuk setiap makhluknya. Mungkin Dia memang sajikan hamba-hamba-Nya dengan kepahitan mahupun kesukaran terlebih dahulu sebelum diberi ganjaran kebahagiaan dan keseronokan mutlak. Kena sentiasa berfikiran positif.

Malam tadi saya tiba dirumah dalam waktu Maghrib. Saya terus duduk diruang tamu menghadap TV. Kebetulan bukak channel Oasis. Ada lelaki dewasa sedang membaca Al-Quran. Entah kenapa tetiba sayu hati saya tatkala mendengar alunan ayat suci tu. Hampir bergenang air mata saya. Macam-macam yang saya fikirkan ketika itu. Saya rindu pada arwah mak saya. Rindu sangat-sangat. Kesian arwah mak. Saya dah lama tak mengaji untuk mak. Kebetulan ketika saya dok melayan perasaan sambil menghayati alunan surah yang dibaca, saya terpandang wajah Along saya. Airmata Along bergenang…mata dah mula berkaca-kaca. Adakah Along juga ingatkan mak? Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...