Pages

Wednesday, July 21, 2010

Aniaya

Hari ni saya terbaca satu profile dari salah satu laman social yang fofular kat donia nih. Yang tak sedap dibaca adalah apabila pihak ketiga telah memanipulasi semua maklumat peribadi orang lain untuk didedahkan kepada umum. Motif?? Saya tidak tahu. Saya cuma menjangka yang pihak ketiga tersebut ingin Membalas Dendam, Menunjukkan Amarah, dan sekaligus ingin mencalar maruah orang yang dianiaya tu.
Bagaimana saya tahu yang profile tersebut adalah dummy?? *dari sumber yang boleh dipercayai*.
Saya tidak faham kenapa ada golongan manusia yang macam tu ye? Erm, mungkin dia terlalu marah dan terlalu bengang sampai dia tergamak nak menjatuhkan maruah orang dengan sebegitu rupa. Benar rupanya masih wujud dan ada golongan ORTODOKS ini. Closed minded. Tak pernah nak berfikir sebelum bertindak. Mungkin dia ingat dengan cara memfitnah dan menjatuhkan maruah orang akan buat dia puas hati. Cuba bayangkan kalau dia berada kat tempat orang yang dianiaya tu. Apa perasaan dia?? Ataupun saya boleh katakan yang dia nih memang takde perasaan??
Saya menulis kerana saya cuba letakkan diri saya pada tempat orang yang teraniaya tu. Bagaimana rasa sakitnya diri difitnah, bagaimana maruah dan harga diri diinjak-injak dengan perkara yang mengaibkan. Maklumat peribadi diwartakan tanpa ada penapisan. Semuanya dibuat kerana marah, dendam dan tidak berpuas hati. Saya tak pasti orang yang mengsabotaj / menganiaya ni berpendidikan atau tidak. Melalui cara ini seolah-olah menunjukkan betapa bodohnya dia sebenarnya. Tak usah nak mencanang tentang masa lalu yang mana kau sendiri ada pada waktu itu. Sukar untuk saya percaya. Serious, saya sedikit emosi bile membaca profile tersebut. Hanya kerana beberapa statement dalam laman tersebut boleh mempengaruhi pemikiran orang sekeliling. Boleh membuatkan orang sekeliling hilang percaya dantidak ada rasa hormat pada mangsa yang disabotaj. Orang sekeliling seolah-olah boleh memperkotak-katikkan dan memperlekehkan harga diri orang terbabit. Yang sedihnya orang yang disabotaj adalah seorang wanita. Hina sangatkah wanita tersebut?
Ingatlah hari ini engkau mungkin boleh bertepuk tangan & bersorak keriangan kerana sudah berjaya mempengaruhi orang sekeliling / teman rapat mangsa dengan kata dusta kau. Ingatlah apa saje yang kau buat pasti ade timbal balik. Mungkin tak jadi directly kat engkau. Tapi jadi kat adik perempuan, kakak kau atau saudara perempuan kau yang lain. Time tu baru kau tahu kot betapa sakitnya dan pedihnye menanggung perasaan. Baru kau tau apa itu penganiayaan. Usahlah engkau terlalu nak berasa selamat waktu sekarang ni. Sebarang kemungkinan akan berlaku tanpa engkau sedari.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...