Pages

Monday, April 11, 2011

Abang adik

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

[Maaf, ini entri tertangguh..sila immune dengan sikap penulis yang bertangguh-tangguh dalam penghasilan sesuatu entri]

Tajam 1:00pm masa saya mula menekan-nekan keyboard ni. Eceh. Fuh! Bz sketla hari Isnin ni. Sekarang ni rasa nak lepaskan kepenatan dekat blog terchenta nih. Erm, pe je ye yang saya bz kan hari ni? Rutin kerja seperti biasalahkan. Dan hari ni plak saya berangan-rangan menjadi guru tak bertauliah untuk anak-anak saudara saya. Tengah gigih menggubal dan menggubah soalan untuk mereka. Bukan saya je yang tengah gigih malah semua ahli keluarga lain pun turut terbabit sama dalam menjayakan misi mendidik anak-anak a.k.a anak-anak saudara kesayangan kami nih. Diorang nak exam. Ujian je pun. Tapi debaran ujian ni turut terkena tempias kat seluruh keluarga. HEHEHE...

Dalam sedar tak sedar dah beso anak-anak sedara saya yang seramai dua orang tu. Itulah orang kata, bagaimana masa berterbangan (how times flies, ekekeke). Pejam celik pejam celik dah nak jadi anak bujang dah si abang tu. Si adik masih lagi manja-manja. Da takde lagilah bau susu masyam kat budak kecik berdua tu. Sume da beso sekarang nih. Seb bek ketinggian tak lebih dari saya...kalau tak kompom diorang tinggi diri...HAHAHAHA...

Kadang-kadang bila tengok diorang membesar depan mata ni rasa sayu je...lebih-lebih lagi bila tengok diorang dah tido. Even diorang dah beso saya tetap curik-curik cium diorang. Kalau time celik takde maknenye si abang nak bagi chance kat makcik dia nih menodai pipi dia. HAHAHA...berbeza ngan si adik. Adik sporting. Tetibe time sekarang nih muleh plak teringat diorang nih. Walaupun kekadang ade tindak-tanduk yang mengundang bara kat hati ni tapi rasa tu sekejap je...Lepas tu teruslah back to normal.  

Teringat ayat si adik masa dalam phone tadi, "Ucu...nanti ucu kol Baba, Ummi, Pak Ngah, Mak Ngah & Ibu, suruh doakan Arshad dengan Abang dapat jawab ye Ucu...(sambil nanges teresak-esak)". Sumpah cumil gile....

Untuk Aqil dan Arshad, semoga membesar menjadi anak yang berguna ye. Ingat dan kenang jasa Baba dan Ummi. Belajar rajin-rajin. Ucu sayang Aqil dan Arshad. Sayang tinggi sangat (ayat Aqil time kecik-kecik dulu).

Abang & Adik




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...