Pages

Thursday, April 14, 2011

Pensyarah kesayangan saya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Buka fesbuk. Tengok notification. Ada incoming mesej. 
Jantung bergetar dan berdebar. Siapa menghantar mesej?
Buka mesej, tengok nama pengirim. Pelik. 
Buka profile pengirim. Semuanya hide. Argh. Tiada mutual friend.
Sambung baca mesej. Beliau mention nama. Owh....hati lega. Gembira juga.
Dah lama saya cari beliau. Tujuan saya? Untuk terus menjalinkan silaturrahim. Mujur bertemu kembali.

Kata beliau, nama saya unik tu pasal dia dapat trace. Terima kasih. Memang benar, sejak dua menjak ni teringat akan beliau. Biarpun ada segelintir kawan-kawan saya yang agak kurang selesa dengan beliau, tapi tidak bagi saya. Saya rasa beliau seorang yang baik, lembut walaupun zahirnya beliau nampak tegas. Saya senang dengan cara beliau.

Siapa beliau? Beliaulah pensyarah accounting saya. Cik Wan Rosnah. Dua semestar beliau mengajar saya subjek account. Ketika saya di semestar 2 part 3, saya sangat suka subjek accounting. Beliau memang pensyarah yang berjaya. Berjaya buat saya faham. Berjaya buat saya lulus dengan cemerlang dalam setiap ujian dan peperiksaan. Juga berjaya buat saya mendapat result yang bagus ketika final exam.

Semasa di semestar 2 part 4, entah kenapa saya jadi lemah dengan subjek beliau. Jadi macam susah nak faham apa yang diajar. Beliau sedikit hampa (saya rasa). Sampaikan ketika mengumumkan markah ujian dan peperiksaan, nama saya tidak dipanggil dalam kelompok markah-markah yang bagus. Saya sedih. Saya malu. Beliau memanggil saya kat bilik pensyarah. Bertanya kenapa result saya begitu? Saya temu jalan buntu, saya sendiri tak tahu. Beliau syak saya bercinta. Seriyes dan jujur saya memang tak bercinta langsung dan elak untuk bercinta ketika bergelar pelajar. Beliau memberi nasihat. Saya bangkit. Alhamdulillah, saya dapat atasi balik kekecundangan saya sebelum ini.

Banyak perkara yang ada pada diri beliau yang membuatkan saya tertarik dan menganggap beliau adalah pensyarah fevret saya. Antaranya:

  1. Penampilan beliau cukup sederhana. Etika berpakaian memang mengikut garis panduan Islam. 
  2. Percakapan beliau tidak menampakan beliau Kelantanese. Cakap macam orang KL. HEHEHE...Paling best bila dengar beliau cakap omputih. Ada slang-slang lagi. 
  3.  Beliau cantik. Walaupun susah sket nak tengok beliau senyum, tapi bile dah senyum tu memang tergudelah.
  4. Cara beliau ajar memang best. Suka bagi assignment banyak-banyak. Maka saya pun menggelupur nak siapkan assignment. 
  5. Beliau juga bagi reward kat saya iaitu sebuah buku sebagai token saya dapat markah yang bagus untuk subjek beliau. (Time ni bersaing ngan Danizad....seb bek menang...HAHAHA)
  6. Pe lagi yer? Nantilah kalau ingat saya update lagi.
Burpp...(Alhamdulillah, kenyangnye perut pekena nasi beriyani tadi. Nyum3....Boss kata kalau ade rezeki bonus nak open table...I lap u boss...HEHEHE)

4 comments:

Marsha~ said...

sy takde add sorang pun pensyarah sy.... dah lupe dah nama diorg sume.. akekekkeke

Ainul Hayat said...

HAHAHA...Kak Marsha, saya add beberapa orang pensyarah. Nama ustaz saya, saya tak ingat...kalau tak add gak...HEHEHE

Ainul Hayat said...
This comment has been removed by the author.
~~Sue eLLa~~ said...

sayang.dah follow mollow blog cntik niy dah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...