Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Tadi masa sampai opis, tengok orang dah ramai. Rasa macam termalu-malu dan janggal pulak bila sampai opis melebihi had masa yang sepatutnya. Office hours 8:30am - 5:30pm. Hari ni saya kelewatan. Macam-macam dugaan berlaku pagi-pagi ni. HUH! Sharp 8:50am baru saya sampai opis. Menggelupur bak cacing kepanasan - sebab boss saya dah sampai, bilik beliau kunci dan kunci ada dalam drawer saya yang berkunci. Jelas bukan?. Penantian sebuah lift sungguh menyeksakan. Sorry puan.....kelewatan yang tidak disengajakan.
Al-kisahnya....
As usual tepat 6:30am memang dah nak gerak dari rumah. Entah macam mana sang kereta buat hal. Tak boleh start. Tak tahu ape yang jadi. Nak tak nak terpaksalah mentolak kereta secara berjemaah (Along-Saya-Tie) ke bahu jalan. Sebab kete tu parking betul-betul depan pagar. Tertonggeng2 menolak..Dahlah baju ala-ala jubah hari ni. HAHA..Along nak bawak kereta yang satu lagi sebab nak hantar wife. Saya dan Tie pulak terus roger akak ipar yang tinggal dekat kawasan berhampiran minta tolong pikap kitorang. Otw ke opis terus amik kata putus untuk lalu tol instead of lalu jalan biasa. Perkiraan kami (ekceli saya) meleset. Jammed yang sumpah dahsyat. HUHUHU.....rasa cam tak boleh blah. Dan bile dalam keadaan jammed, ofkoslah sume akan boring + mengantuk. Teruslah mencipta idea-idea mengarot. HAHAHAHA.... teruslah kami bertiga (Kakak Ipar-Saya-Tie) menjana idea agak kenderaan bernama kereta ni diinovasikan dan dimultifunctionkan. Contohnye: bile dalam keadaan kami trapped dalam traffic jammed, kereta tersebut bertukar menjadi motor. Bolehlah kami cilok-cilok. Ngeh3.....panjangnyalah jammed lepas tol cheras tu.
Saya: Kak, lepas habis jammed kat sini nak redah jammed kat Federal lak. Kalau tahu lalu je Loke Yew (saya kesal atas kesilapan yang saya cipta...haha)
Kak Ipa: Takpe-takpe, akak rasa akak tahu jalan short cut. Kite lalu depan umah lama akak.
*Fuh, naseb baik ada ex-penduduk Bangsar*
Mujurlah kak ipar saya tahu jalan alternatif. Kalau tak maunye kul 9:00 am saya kat atas jalan raya lagi.
Owh sang kereta, kenapa dikau membuat hal di tengah-tengah bulan? Kembalilah berfungsi semula sayang...(aku da panggil ko sayang ni...sila sihat semula)
Sekian.....
4 comments:
comey wajah baru ini..suke..
Yeke Kak Syikin...mekasih manyak2...
siannye..cm tu lah kehidupan di kl kan..hehe..jem xabis2..hehe
Tulah pasal kak....rase nak duk kampung jer (tapi takde kg) hahaha
Post a Comment