Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Rindu pulak dengan blog KK yang tak seberapa ni. Walaupun tak seberapa saya tetap sayang hokey..Minggu lalu berhujung minggu dirumah (seperti biasalahkan). Entah kenapa tetiba rasa sangat best pulak menonton TV. Ha lor, sebelum-sebelum ni saya bukanlah penonton setia rancangan TV. Tapi dari hari Jumaat sampai ke Ahad memang masa cuti saya banyak diisi dengan aktiviti menonton TV. (Kalau masih bergelar pelajar pasti dah kena sound dengan Along...pfff).
Jumaat:
Memang banyak rancangan menarik kat TV. Pukul 9.00pm ada Ustaz Amirul (final episode) dan Imam Muda. Balik rumah dah sibuk-sibuk tanya Alang saya Imam Muda pukul berapa? Alang jawab pukul 9:00pm. Dalam hati berkata..."Alaaa.....nak tengok mana satu nih, dah la Ustaz Amirul episod last hari ni.." Terus nak sedapkan hati, "takpelah Imam Muda ada ulangan"...HIHIHI..Tapi....bila kat TV3 iklan je, tangan ni cepat-cepat tekan remote ubah siaran...alih-alih tengok Imam Muda dah habis...(saya pasrah...gelis haku...)...layan Ustaz Amirul balik....sempat gak la ter"feeling-feeling" watak-watak dalam drama tu. Kui3....~ sedihlah cerita Ustaz Amirul tu...pesanan buat bakal suami, saya tak rela dimadukan...Wawawawawa~
Lepas tu tengok Maharaja Lawak pulak. Hadoiyaii...mengapakah peserta-peserta ML ni lawak-lawak ek?? (soalan ape haku tanye ni?...erkkk..). Pecah perot saya gelak okey...lawak Nabil memang terbaik...Jihan pun best...tapi Balas tu cam lucahla...wa tak berapa berkenan sangat...HUHUHU...JoZan best gak...macam balance lah kan hari Jumaat hari tu...dah puas tengok cite Ustaz Amirul yang feeling-feeling air mata tu, terus mendapat hiburan yang buatkan saya tergelak-gelak tak hingat dunia...Kui3...
Sabtu:
Paginya saya berhujung minggu dirumah...tapi petangnya saya bersiaran dari Al-Islam Specialist Hospital (formerly known as Kampung Baru Medical Centre - KBMC). Tetibe received call dari Along mengatakan Kak Anis saya warded sebab kurang air dalam badan. Saya dah menggelupur time tu. Panik pun ada. Namun saya tetap cool-kan diri. Kemas-kemas barang-barang Along & Kak Anis. Packing barang-barang yang patut untuk dibawa. Tunggu Angah dan Kak Liza pikap saya kat umah. Al maklumlah saya ni hanya reti mengayuh beskal. HUHUHU. KBMC dah berubah wajah. Nampak sangat saya dah lama tak pergi area Kg Baru tu. Masuk ward, lawat Kak Anis. Tengok TV - Astro Oasis. Along kata, "kat sini dia buka Astro Oasis je.." Saya layan je...tak kisah sangat apa-apa channel pun. Sekali tengok Imam Muda lah. Wah...teruja nak mentengok. Along siap suh anak-anak dia senyap jangan bising-bising. Nak dengo orang kat TV tu mengaji. Sambil-sambil tu mestilah kitorang ada bagi kritikan kan kan kan (tak bertauliah)..Sukalah tengok orang-orang pandai mengaji nih. Weee...
Malamnya, sebelum balik isi tangki kat kedai mamak. Ingatkan kedai tu buka AF tapi buka bola MU vs West Ham. Huh! Saya layankan gak la. Orang dah ramai gila kat kedai tu. Berkeluarga, yang bujang (pandai-pandai je haku serkap jarang..), yang kapel, yang mak sedar, pak sedara dgn anak sedara pun ade skali (saya lah tu..hiks). Anak sedara macam tahu-tahu je time tengok bola tu. Tgk Man Utd jaring goal kemain eksaited bagai. Haish...Balik umah sambung tengok AF plak. Sampai habis ok saya tengok. Cam tak percaya je.
Ahad:
Tengahari Kak Anis discharge. Sebelah petangnya iron baju keje siap-siap. Kul 9:00pm dah terpacak depan TV gara-gara nak mentengok ABPBH. Paling best part ujung-ujung tu bila Johan tolak Usop Wilcha...HAHAHA...seb bek waktu siangnya (sementara tunggu Kak Anis discharge, saya sempat tengok Hantu Kak Limah tu..), kalau tak pasti saya tak faham apesal si Usop Wilcha tu dok cakap bako-bako dan melemah gemalaikan tangan beliau...SOLEY-SOLEY-SOLEY LEY...miahahahaha...pecah perottt. Buat pertama kalinya dalam sejarah ABPBH saya berjaya tengok rancangan tu dari mula sampai habis. (Sebenonye ape-ape rancangan pun hatta gi panggung pun saya selalu tertido...mata tak tahan lah nak tengok lelama....)
p/s: Saya takkan buat entri pasal ABPBH sebab keputusan dah muktamad dan saya rasa okey je pemenang-pemenang malam tadi tu.
No comments:
Post a Comment